Sunday, January 10, 2010

sejarah keluarga

BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan
Sejarah keluarga merupakan satu skop pemerhatian persejarahan yang jarang diambil perhatian oleh masyarakat massa Malaysia. Bukan setakat rakyat biasa, namun golongan intelektual termasuklah cendekiawan sejarah sendiri memandang sepi terhadapnya. Sejarah keluarga merupakan subset (sebahagian) daripada set (keseluruhan) sejarah masyarakat Malaysia. Tesis yang ingin dibuktikan pada akhirnya akan dapat direfleksikan kepada persekitaran semasa. Walaupun ramai yang mengatakan keluarga mereka tidak popular dan penting dalam sejarah negara, tetapi apabila dikaji dan dianalisis, setiap keluarga itu mempunyai peripentingnya masing-masing. Pengkaji menggunakan Che Hassan bin Taib iaitu moyang (lapis keempat) sebagai subjek teras kepada pengkajian. Seterusnya diteruskan dengan lapis ketiga, lapis kedua dan berakhir dengan lapis pertama. Walau bagaimanapun, adalah tidak enak untuk di pandang, dan tidak sedap untuk dibaca jika tidak mengetahui tempat peristiwa ini berlangsung. Bagi mengisi lompang ini, pengkaji telah memulakan dengan menceritakan serba sedikit tentang latar tempat yang memainkan peranan penting dalam keluarga kajian iaitu Kampung Kelar Benban dan Kampung Kelar Tok Pukang.[1]

Skop kajian pengkaji melibatkan dua buah kampung iaitu Kg. Kelar Benban dan Kg. Kelar Tok Pukang. Kg. Kelar mendapat namanya dari anak sungai yang mengalir sepanjang susur utara kampung dari Hulu (Ulu) Kelantan berakhir di muara Kuala Kelar (Lemal) di Sungai Kelantan.[2] Kg. Kelar terdiri; Kg. Kelar Tok Raja, Kg. Kelar Binjai, Kg. Kelar Benban, Kg. Kelar Tok Pukang, Kg. Kelar Joha, Kg. Kelar Luar (Pengkalan Rambutan) dan Kg. Kuala Kelar (Lemal).[3] Sejarah awal keturunan pengkaji lapis-lapis ke atas, mencapai lapis keenam sebelah moyang perempuan bapa (Halijah bt. Haji Ahmad) adalah berasal dari Kg. Kelar Benban. Haji Ahmad atau turut dikenali Tok Ayah Khatib dianggarkan lahir sekitar 1811 di Kg. Kelar Benban dan menetap di sana hinggalah ajalnya tahun 1941 ketika berusia sekitar 130 tahun.[4] Manakala lapis kelima pengkaji (Taib suami Halijah bt. Haji Ahmad) yang lahir sekitar 1880 juga berasal dari Kg. Kelar Benban. Lapis keempat pengkaji (Che Hassan b. Taib, Hajah Zainab bt. Taib dan Muyah bt. Hassan, isteri Che Hassan b. Taib) turut lahir di Kg. Kelar Benban. Lapis ketiga pengkaji (Che Husin b. Che Hassan dan Sarah bt. Mahmod) lahir dan membesar di Kg. Kelar Benban. Kg. Kelar Benban merupakan kampung asal-usul pengkaji selama lebih kurang 200 tahun (yang dapat diselidiki) pada asalnya hanya dikenali dengan nama Kampung Kelar sahaja. Menurut ceritanya, nama Benban diperolehi kerana di sekitar alur (anak sungai) kawasan tersebut (sempadan Kg. Kelar Tok Pukang dengan Kg. Kelar Binjai) tumbuh dengan banyaknya pokok benban. Kawasan tersebut lama-kelamaan telah dikenali dengan Kg. Kelar Benban, sesuai dengan popularnya kampung tersebut dengan pokok benban. Dahulu, pokok benban amat berguna kepada masyarakat kampung di sana (Kg. Kelar Benban sekarang) dan kampung-kampung sekitarnya. Batang pokok benban akan disiat dan kulitnya akan dijadikan tali untuk menjahit atap (daripada daun sagu). Zaman tersebut, atap daun sagu merupakan atap yang biasa digunakan kerana mudah didapati dan murah. Bertepatan pula, atap zink dan asbestos masih baru diperkenalkan. Pokok benban kelihatannya sudah mengalami kepupusan sekitar 10 tahun yang lalu (1998). Sesuai dengan peredaran masa, tuan tanah telah mula membersihkan kawasan tanah mereka yang ditumbuhi pokok benban untuk tujuan membina rumah atau kegiatan pertanian.

Kg. Kelar Tok Pukang merupakan juga memainkan peranan yang sama penting dengan Kg. Kelar Benban kepada perjalanan keluarga Che Hassan b. Taib. Kg. Kelar Tok Pukang merupakan tempat bermastautinnya Hajah Zainab bt. Taib, Sarah bt. Mahmod. Juga merupakan tempat lahir dan mastautin Ramli b. Che Husin, Nor Aizan bt. Mohd Nor[5], Muhammad Danial b. Ramli dan adik-beradik. Pada awalnya kampung ini hanya dikenali sebagai Kg. Kelar sahaja, namun sekarang (2008) dikenali Kg. Kelar Tok Pukang. Menurut sumber lisan yang pengkaji dapati semasa pengkajian, nama Tok Pukang yang dipadankan di belakang nama Kg. Kelar berasal dari nama seorang musafir dari Pasir Pekan[6]. Musafir yang diabadikan namanya sebagai nama kampung ini (Kg. Kelar Tok Pukang) dipanggil To’ Pasir Pekan. Menurut kisahnya, semasa bermusafir melalui kampung ini (dahulunya masih dikenali Kg. Kelar), To’ Pasir Pekan telah meninggal dunia. Jenazahnya telah diurus dan dikebumikan di tanah wakaf hujung kampung ini. Jenazah To’ Pasir Pekan merupakan jenazah pertama dikuburkan di Kg. Kelar. Pada awalnya, masyarakat sekitar memanggil kampung ini dengan Kg. Kelar tempat To’ Pasir Pekan dikebumikan. Lama-kelamaan, nama kampung ini telah dipanggil dengan nama Kg. Kelar To’ Pasir Pekan. Pada awalnya dikenali Kg. Kelar To’ Pasir Pekan, kemudiannya Kg. Kelar To’ Pukan, dan kini dikenali sebagai Kg. Kelar Tok Pukang[7].

Pengkajian ini diteruskan dengan pengisahan sejarah hidup Che Hassan b. Taib (tokoh lapis keempat), Che Husin b. Che Hassan dan Sarah bt. Mahmod (tokoh lapis ketiga), Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor (tokoh lapis kedua) dan Muhammad Danial b. Ramli serta adik-beradik (lapis pertama). Kemudiannya, jenis dan taraf pendidikan yang diterima oleh keluarga Che Hassan b. Taib akan disoroti. Pada akhirnya, perubahan pengamalan sistem ekonomi sepanjang 96 tahun keluarga Che Hassan b. Taib akan dianalisis.




Objektif
Menganalisis dan menilai perjalanan sejarah hidup keluarga Che Hassan bin Taib sekitar tahun 1912-2008 meliputi perubahan pendidikan dan kegiatan ekonomi.


Tujuan
i) Meneliti latar belakang tokoh-tokoh lapis keempat, ketiga, kedua dan pertama keluarga Che Hassan b. Taib (1912-2008).
ii) Menganalisis perubahan pendidikan dalam perjalanan sejarah keluarga. -
iii) Menganalisis sistem kegiatan ekonomi yang telah berlangsung sepanjang tempoh 96 tahun bagi keluarga Che Hassan b. Taib.


Ulasan Literatur
Pengkaji menggunakan buku Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama’ Serta Ahli Politik Malaysia di Abad ke-20[8] tulisan Jamal Mohd Lokman sebagai rujukan utama. Tesis utama yang dibuktikan oleh Jamal Mohd Lokman dalam buku tersebut adalah pemikiran politik Islam Nik Aziz adalah didasari dengan tumbesarannya dalam keluarga ilmuan agama. Pengkaji menjadikan buku biografi ini bukannya disebabkan wujudnya sebarang sentimen. Namun, pengkaji tertarik dengan gaya penulisan buku tersebut yang dirasakan selari dengan kajian. Pengarang asal buku tersebut menyusun buku biografi ini dengan memulakannya dengan asal-usul kampung halaman watak yang dikaji. Kemudiannya meneruskan dengan kelahiran dan zaman kanak-kanak watak. Seterusnya mengemukakan latar belakang pendidikan watak yang dikaji dan mengakhirinya dengan zaman pekerjaan watak. Pengkaji mendapat inspirasi awal bagi menyusun skop pengkajian sejarah susur galur Che Hassan b. Taib (lapis keempat) sehingga kepada pengkaji (lapis pertama). Dengan ini, pemahaman yang lebih jelas terhadap gaya penulisannya adalah penting bagi menghasilkan penulisan sejarah keluarga yang senang untuk dibaca namun tidak mengabaikan keobjektifannya.

Pendidikan Islam di Kelantan[9] karangan Abdul Halim Ahmad setebal 23 halaman turut menjadi rujukan. Tesis yang dikemukakan oleh pengarang asal adalah sekolah pondok masih banyak terdapat di Kelantan menjelang akhir abad ke-20 yang telah menyumbang kepada penerusan pendidikan keIslaman di Kelantan. Gunanya, kerana keluarga pengkaji hidup dan membesar sezaman dengan perkembangan sekolah-sekolah pondok terutamanya Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Serba sedikit bagi pengkaji, keadaan ini mampu/memang mempengaruhi keluarga pengkaji dari segi pendidikan. Malah, secara hitung panjangnya dapat dilihat sama ada pendidikan Islam yang diterima daripada pengajian pondok dipraktikkan dalam kehidupan seharian atau tidak.

Buku Pembangunan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi di Kawasan Luar Bandar di Kelantan[10] mengemukakan persoalan tentang masalah kemunduran dan kemiskinan di kawasan luar bandar di Kelantan mempunyai hubungan erat dengan proses pembezaan yang berlaku. Buku ini dirujuk kerana pengarang asal menjelaskan tentang kegiatan-kegiatan ekonomi semasa masyarakat Kelantan pada ketika tempoh pengkajian lapis ketiga dan kedua berlangsung. Pengkaji menggunakannya sebagai analisis perkembangan ekonomi keluarga Che Hassan b. Taib.


Permasalahan Kajian
Sumber primer yang sukar didapati terutamanya dokumen bertulis lapis keempat pengkaji menjadi permasalahan utama dalam pengkajian ini. Bagi moyang (lapis keempat) memang tiada langsung dokumen bertulis mengenainya termasuklah dukumen kelahiran, surat perkahwinan dan yang sewaktu dengannya. Manakala bagi lapis ketiga dan kedua pengkaji pula, masalah utama berkaitan dokumen ini adalah kerosakkan atau kehilangannya. Pada zaman datuk (lapis ketiga) dan bapa pengkaji (lapis kedua) sudah terdapat dokumen bertulis seperti surat perkahwinan, tetapi disebabkan faktor masa yang lama ditambah tanpa penjagaan rapi, dokumen tersebut sebahagiannya telah rosak. Manakala sebahagian lagi hilang dalam simpanan.

Sumber lisan merupakan sumber terpenting dalam proses pengkajian susur galur pengkaji. Namun, pokok permasalahannya adalah kesukaran untuk mendapatkan responden yang hidup sezaman dengan moyang pengkaji (lapis keempat). Jikalau adapun, disebabkan faktor usia sudah lanjut, responden mengalami risiko hilang daya ingatan bagi menceritakan sepenuhnya tentang watak yang dikaji. Permasalahan yang tidak patut dipandang mudah semasa penggunaan metod temubual ini iaitu kemungkinan wujudnya pandangan berat sebelah/bias terhadap watak akan mengurangkan tahap ketulenan perjalanan pengkajian ini.

Bagi mengurangkan tahap gangguan permasalahan yang berbangkit, pengkaji telah mencari seramai mungkin responden untuk ditemubual bagi melihat tumpang tindih fakta-fakta lampau. Pengkaji juga turut membuat rujukan sumber-sumber sekunder termasuklah buku, jurnal dan artikel yang dirasakan berkait dengan skop kajian sebagai rujukan silang. Rujukan-rujukan ini dapat digunakan bagi menentukan kesahihan tempoh masa peristiwa-peristiwa penting sepanjang ruang lingkup masa pengkajian berjalan.


Metodologi Kajian
Penulisan menggunakan metod penulisan secara naratif bagi menggambarkan susur galur keturunan pengkaji setiap lapis keturunan bermula lapis keempat, ketiga, kedua dan pertama. Penulisan secara naratif ini dapat disorot melalui kronologi lapis-lapis keturunan pengkaji. Pengkaji menggunakan bukan hanya gaya naratif secara solo tetapi diadunkan bersama gaya deskriptif dan analitik. Deskriptif merupakan persembahan fakta-fakta berkaitan keturunan pengkaji meliputi tarikh-tarikh penting, watak-watak yang terlibat serta tempat kejadian berlangsung. Namun bagi menghasilkan kajian yang tulen serta telus, maka diaplikasikan gaya analitik. Gaya ini diaplikasi apabila menilai peranan pendidikan kepada penentu ukur sosiobudaya keluarga pengkaji. Analitikal ini dapat diperhatikan melalui penelitian perubahan-perubahan yang berlaku dalam keluarga pengkaji terutamanya melibatkan sosio ekonomi keturunan pengkaji.

Seterusnya, pengkaji yang mengkhusus kepada sejarah keluarga tidak dapat tidak, perlu menggunakan pendekatan temubual sebagai metod utama. Pendekatan temubual ini sememangnya relevan kerana ahli keluarga pengkaji bukanlah tokoh-tokoh yang biasa dikaji oleh penyelidik sejarah lain yang kemudiannya mendokumentasikan. Pengkaji telah mengenalpasti responden-responden yang dirasakan dapat memberi input-input yang sahih bagi membuktikan perjalanan kisah keluarga. Keabsahan bagi pengkaji adalah penting kerana sejarah memerlukan keobjektifan. Dengan menemubual seramai tidak kurang 10 orang responden, pengkaji merasakan pendekatan ini benar-benar membantu menyiapkan pengkajian ini secara objektif dengan fakta-fakta yang disokong kesahihannya.

Metod ketiga yang digunakan adalah kajian keperpustakaan. Melalui kajian keperpustakaan ini penelitian terhadap bahan-bahan bertulis (sumber kedua) seperti buku, jurnal dan artikel yang berkaitan dengan penulisan sejarah keluarga serta sosiobudaya masyarakat Kelantan sezaman dengan ruang lingkup masa kajian pengkaji. Melalui pembacaan dan penelitian terhadap sumber-sumber kedua ini, dapatlah disesuaikan dengan fakta-fakta dapatan daripada temubual yang dijalankan terhadap responden-responden terpilih.

Metod rujukan arkib turut digunakan bagi mencari sumber primer seperti laporan tahunan pendidikan negeri Kelantan serta fail-fail pertanian negeri Kelantan sezaman dengan ruang lingkup masa kajian pengkaji. Rujukan arkib ini menampung lompang-lompang masa serta fakta yang didapati dalam proses temubual dengan responden-responden dan kajian keperpustakaan.


Cadangan Pembahagian Bab
Bab 1: Pendahuluan
Bab satu dimulai dengan memperkenalkan serba sedikit tentang subjek kajian iaitu keluarga Che Hassan b. Taib serta mempertonton sepintas lalu medan peristiwa itu berlangsung. Seterusnya diikuti objektif kajian, tujuan kajian, ulasan literatur, permasalahan kajian, metodologi kajian dan cadangan pembahagian bab.

Bab 2: Latar Belakang Keluarga Che Hassan bin Taib (1912-2008)
Bab ini menerangkan tentang latar belakang tokoh-tokoh kajian setiap lapis. Lapis keempat (Che Hassan b. Taib), lapis ketiga (Che Husin b. Che Hassan dan Sarah bt. Mahmod), lapis kedua (Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor) dan lapis pertama (Muhammad Danial b. Ramli dan adik-beradik). Termasuk dalam latar belakang ini adalah kelahiran, zaman kanak-kanak, pengamalan adat resam serta alam perkahwinan mereka.


Bab 3: Anjakan Pendidikan: Sorotan Jenis dan Taraf
Bab ini memfokuskan pendidikan yang diterima oleh keluarga Che Hassan b. Taib bagi tempoh 96 tahun hingga 2008. Skop yang disorot meliputi jenis dan taraf pendidikan yang diterima. Terdapat dua pembahagian utama iaitu sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional adalah pendidikan tidak formal dan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan Al-Quran dan pendidikan pondok. Manakala pendidikan moden adalah pendidikan formal atau lebih dikenali dengan pendidikan sekular. Jenis dan taraf pendidikan yang pernah diperolehi oleh keluarga Che Hassan b. Taib akan dikupas.

Bab 4: Kegiatan Ekonomi Pewarisan dan Perubahan: Sorotan 96 Tahun
Bab ini ini akan memperlihatkan perjalanan ekonomi keluarga Che Hassan b. Taib sepanjang 96 tahun kajian. Bab ini akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu kegiatan ekonomi pewarisan, zaman transisi dan keluar daripada kepompong. Kegiatan ekonomi pewarisan mengupas kegiatan ekonomi lapis ketiga iaitu Che Husin b. Che Hassan dan Sarah bt. Mahmod yang merupakan warisan ibu bapa mereka dan warisan masyarakat persekitaran. Manakala, zaman transisi merujuk kepada kegiatan ekonomi yang diamalkan oleh lapis kedua iaitu Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Mereka telah mula untuk keluar daripada bayangan sistem ekonomi yang bersifat warisan yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Bahagian terakhir iaitu keluar daripada kepompong merujuk kepada lapis pertama iaitu Ahmad Faisal b. Ramli, Muhammad Danial b. Ramli dan adik-beradik yang sudah melangkah ke persada kegiatan ekonomi yang benar-benar berbeza daripada lapis-lapis di atas.



Bab 5: Kesimpulan
Bab terakhir latihan ilmiah ini akan merumuskan semua isu yang dibangkitkan dalam bab-bab sebelumnya. Rumusan tentang jenis dan taraf pendidikan yang diterima serta kegiatan ekonomi yang melibatkan keluarga Che Hassan b. Taib akan dibuat. Pada akhirnya, bab ini akan menganalisis secara umum tentang sumbangan secara tidak langsung keluarga Che Hassan b. Taib dalam membentuk sejarah setempat.






























BAB 2

LATAR BELAKANG KELUARGA CHE HASSAN BIN TAIB (1912-2008)


Pengenalan
Keluarga Che Hassan b. Taib bukanlah merupakan keluarga yang telah melahirkan tokoh-tokoh yang dikenali di serata dunia. Keluarga Che Hassan tidak seagung keluarga Dato’ Onn Jaafar yang bukan hanya terkenal di Malaysia, namun hingga ke luar negara.[11] Keluarga Che Hassan hanya keluarga kampung biasa yang menetap di kawasan perkampungan di Pasir Mas, Kelantan. Walaupun tidak dikenali seperti keluarga Dato’ Onn, sekurang-kurangnya keluarga Che Hassan merupakan keluarga yang dihormati masyarakat sekitar Kampung Kelar. Walau bagaimanapun, mana mungkin untuk mengetahui sejarah keluarga Che Hassan jika tidak mengetahui latar belakangnya terlebih dahulu. Maka, dititipkan di bawah ini sepintas lalu mengenai latar belakang keluarga Che Hassan sepanjang tempoh 96 tahun (titipan ini hanya mampu memfokuskan kepada tokoh-tokoh tertentu sahaja kerana kekangan-kekangan tertentu).

Lapis Keempat: Che Hassan bin Taib
Perkahwinan Taib dengan Halijah sekitar 1910 telah dikurniakan oleh-Nya (Tuhan) empat orang cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Pasangan ini telah menamakan cahaya mata mereka Che Hassan[12] dan Husin[13] bagi anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan mereka diberi nama Maimunah[14] dan Zainab[15]. Che Hassan inilah yang akan menjadi tokoh lapis keempat bagi pengkajian keluarga. Che Hassan lahir ke dunia sekitar 1912 di Kg. Kelar Benban[16]. Kelahirannya disambut oleh bidan kampung yang hanya menggunakan alatan tradisional seperti tali nilon (benang terap yang dipintal) dan sembilu buluh (gunanya untuk memotong tali pusat) dan daun kayu/herba sebagai penahan dan penyembuh sakit[17] (semasa Halijah bt. Hj Ahmad melahirkannya).

Che Hassan menamatkan zaman bujangnya dengan Muyah bt. Hassan sekitar tahun 1937. Perkahwinannya dengan Muyah telah dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu Che Husin (lahir 1938) dan Jaafar[18]. Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana pada awal 1941, mereka telah bercerai. Perceraian ini terjadi ekoran penangkapan Muyah sabit kesalahan membunuh Limah.[19]. Ekoran tragedi ngeri ini Muyah telah dituduh dan disabitkan kesalahan membunuh dan telah dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Pengkalan Chepa bersama ibu mertuanya, Halijah bt. Hj. Ahmad dan adik iparnya merangkap adik Che Hassan, Maimunah bt. Taib[20]. Penangkapan ini telah menamatkan zaman perkahwinan Che Hassan dengan Muyah. Muyah beserta tiga tahanan lain tidak lama berada dalam penjara kerana telah dibebaskan berikutan pengeboman oleh tentera Jepun ke atas bandar Pengkalan Chepa Disember 1941.[21]

Che Hassan tidak lama menduda, kerana selepas itu dia telah berkahwin dengan Minah dari Seberang Salor, Kota Bharu. Kisahnya, Che Hassan pada ketika itu bekerja menyadat nyior (mencari nira kelapa) melangkaui hingga ke Kg. Kubang Rawa, Seberang Salor, Kota Bharu dan bertemu dengan gadis tempatan iaitu Minah yang pada akhirnya telah berkahwin dengannya. Perkahwinan kedua Che Hassan telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan diberi nama Hamzah dan Azizah[22]. Perkahwinan ini berlangsung sehinggalah Minah meninggal dunia. Che Hassan kemudiannya bertemu jodoh dengan Timah Moksa dari Seberang Salor, Kota Bharu[23]. Perkahwinan tersebut hanya dalam tempoh yang singkat sahaja, diakhiri dengan perceraian. Che Hassan kemudiannya bertemu jodoh keempatnya dengan Saadiah dari Kelaweh, Tanah Merah[24]. Selepas berkahwin dengan Saadiah inilah, Che Hassan telah berpindah ke Bendang Nyior, Tanah Merah dan bermastautin di sana sehinggalah akhir hayatnya. Pada asalnya tapak rumahnya adalah hutan belantara, namun hasil berkat usahanya dia telah menjadikan kawasan tersebut rumah kediamannya (buka tanah). Perkahwinan keempat Che Hassan tidak berkekalan lama dan diakhiri dengan penceraian tanpa dikurniakan seorang zuriat pun. Selang tidak lama selepas perceraian dengan Saadiah, Che Hassan telah berkahwin dengan Che Yam, janda beranak empat; Che Som, Jusoh, Normin dan Norma[25]. Perkahwinan antara Che Hassan dengan Che Yam berakhir dengan kematian Che Yam. Selepas kematian Che Yam, Che Hassan telah berkahwin buat kali keenamnya dengan Mek Som yang merupakan perkahwinan terakhirnya[26]. Perkahwinan ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 Che Hassan tidak dikurniakan walau seorang zuriat pun.

Zaman pendudukan Jepun (1941-1945) merupakan zaman yang getir dalam hidup Che Hassan.[27] Selepas Jepun menawan Tanah Melayu, mereka telah merancang pembinaan jalan kereta api dari Burma (sekarang dikenali Myanmar) ke Tanah Melayu merentasi Thailand.[28] Kerajaan Thailand telah membenarkan pihak Jepun membina jalan kereta api merentasi negaranya terus ke Tanah Melayu. Tenaga buruh yang amat besar diperlukan bagi membina landasan tersebut. Disebabkan sudah menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mereka, pihak Jepun telah merancang untuk merekrut tenaga buruh masyarakat Tanah Melayu. Che Hassan merupakan salah seorang mangsa rekrut Jepun bagi membina landasan kereta api tersebut. Pada awalnya, pihak Jepun mengarahkan ketua-ketua kampung masing-masing mencari tenaga buruh untuk mereka dengan menawarkan peluang pekerjaan yang menarik. Namun, selepas pemuda-pemuda kampung tersebut bersetuju, mereka telah dibawa oleh pihak Jepun ke Burma dan dijadikan buruh paksa. Sesampainya Che Hassan di Burma, dia telah melalui pengalaman yang menggerikan semasa dipaksa membina landasan kereta api. Ramai buruh paksa tersebut sakit, sesetengahnya juga telah meninggal dunia. Mayat-mayat buruh paksa tidak dikebumikan dengan sepatutnya, tetapi hanya dibuang. Che Hassan bertindak nekad dengan melarikan diri daripada kawalan pihak Jepun. Dia nekad memperjudikan nyawanya dengan berjalan kaki dari Burma kembali ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan berbanding menempah maut membina landasan kereta api maut[29]. Che Hassan berjaya kembali ke kampung halamannya awal tahun 1945. Ketika itu, Jepun sudah meninggalkan Tanah Melayu.[30]

Che Hassan telah tinggal menetap di rumahnya di Blok Kampung Baru, Bendang Nyior, Tanah Merah selama hampir 40 tahun. Che Hassan menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah tersebut setelah berbulan lamanya diserang penyakit. Walaupun sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah[31], namun ketentuan ajalnya tidak dapat diubah. Ajalnya menjelang.


Lapis ketiga: Che Husin bin Che Hassan dan Sarah binti Mahmod
Perkahwinan pertama Che Hassan dengan Muyah telah dikurniakan dua orang cahaya mata, kedua-duanya lelaki. Che Husin merupakan anak pertama dan Jaafar merupakan anak kedua. Che Husin dilahirkan pada tahun 1938 di rumah ibu bapanya di Kg. Benban[32]. Che Husin telah melalui zaman awal kanak-kanaknya dengan penuh liku-liku yang tidak disangka-sangka. Ketika usianya menjangkau tiga tahun, ibunya, Muyah telah terlibat dalam satu tragedi yang hampir meragut nyawanya, namun dia terselamat dan penyerangnya terbunuh.[33] Pada usia tiga tahun setengah, Jepun telah menyerang Kelantan dan menawannya. Che Hassan, bapa Che Husin telah dijadikan oleh pihak Jepun sebagai buruh paksa di Burma[34]. Disebabkan kedua-dua orang tua tidak dapat memeliharanya, Che Husin telah tinggal bersama Pak Da Lek di Batu 8, Jedok, Tanah Merah[35]. Che Husin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Sarah Bt. Mahmod, anak angkat Hajah Zainab sekitar 1958. Selepas berkahwin dengan Sarah, Che Husin telah mengalami gangguan pendengaran yang membawa kepada pada hari ini.[36] Lebih kurang setahun berselang, Sarah telah melahirkan anak pertama mereka, yang akhirnya menjadi anak tunggal mereka berdua yang dinamakan Ramli. Ramli dilahirkan pada tahun 1960. Walau bagaimanapun, akibat tidak sefahaman, perkahwinan mereka telah diakhiri dengan perceraian.

Namun Che Husin tidak lama menduda kerana lebih kurang dua tahun selepas kelahiran Ramli, dia telah berkahwin dengan Zainab Bt. Abdullah, gadis yang sekampung dengannya (Kg. Kelar Benban)[37]. 1964 merupakan tahun kelahiran anak kedua Che Husin, anak pertama bagi Zainab diberi nama Sahari. Seterusnya Norma (1970), Mohd Zawawi (1974), Kamarudin (1978) dan anak anak bongsu mereka, Mohd Herizani (1982)[38].

Sarah bt. Mahmod merupakan isteri kepada Che Husin, juga ibu kepada Ramli dan nenek kepada pengkaji lahir hasil perkongsian hidup antara Mahmod dengan Saadiah. Sarah merupakan tokoh lapis ketiga yang turut menjadi tumpuan pengkaji. Sarah lahir ke dunia sekitar awal tahun 1945[39], hampir tiga tahun selepas Jepun mendarat di Kelantan pada 7/8 Disember 1941. Saadiah telah meninggal dunia ketika usia Sarah masih kecil berusia sekitar dua tahun. Mahmod pada ketika itu bekerja sebagai penyadat nyior (pencari nira kelapa) terpaksa membawa Sarah ke tempat kerjanya kerana tiada orang yang dapat mengasuh Sarah[40]. Hajah Zainab yang merupakan nenek saudara Sarah, juga ibu saudara Saadiah, yang juga adik kepada Maimunah nenek Sarah, berasa simpati kepada kesukaran Mahmod membesarkan Sarah. Hajah Zainab telah menjadikan Sarah sebagai anak angkatnya ketika Sarah berusia sekitar lima tahun[41]. Sarah telah melalui usia kanak-kanak dan remajanya di bawah jagaan Hajah Zainab di rumahnya (rumah Hajah Zainab) di Kg. Kelar Tok Pukang[42].

Meniti usia remaja dan dewasanya sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, Sarah telah melalui pelbagai permainan berbentuk adat resam untuk hiburan. Sarah sempat menyaksikan sendiri permainan-permainan yang sesetengahnya sudah pupus ditelan zaman. Sarah sempat menyaksikan upacara main peteri yang dimainkan saban kali. Main peteri biasanya dimainkan di sekitar Kg. Kelar Benban dan Kg. Kelar Tok Pukang telah menarik minat Sarah untuk menghadirinya. Main peteri merupakan upacara kepercayaan terhadap benda-benda ghaib (superstitions) yang biasa ditemui di kalangan masyarakat kampung (lower races). Diketuai oleh bomoh yang menggabungkan elemen Hindu dan Sufi[43]. Main peteri dikatakan menjadi teknik rawatan sakit jiwa (medico-theaterical-ritual).[44] Wayang kulit[45] juga merupakan hiburan pemuda-pemudi zaman 1950-1960-an.[46] Pada zaman remajanya, Sarah sempat menghadirkan diri ke tempat-tempat dalang bermain wayang kulit di Kg. Benban[47]. Sarah menamatkan zaman daranya dengan Che Husin b. Che Hassan. Namun, setelah kelahiran anak pertamanya, dia telah bercerai dengan Che Husin dan kemudiannya telah berkahwin dengan pemuda sekampung dengannya, Ghazali b. Deraman.


Lapis Kedua: Ramli bin Che Husin dan Nor Aizan binti Mohd Nor
Ramli telah dilahirkan jam 05.00 pagi hari Rabu bertarikh 6 April 1960 di Kg. Kelar Benban[48]. Merupakan anak sulung hasil perkahwinan antara Che Husin dengan Sarah yang kemudiannya menjadi anak tunggal bagi mereka berdua. Hal ini kerana, tidak sampai tiga tahun usia perkahwinan mereka, telah berlakunya perceraian. Ramli telah diambil sebagai anak angkat oleh Hajah Zainab yang tidak mempunyai anak sendiri. Rekod yang dapat diperolehi tentang Ramli adalah banyak meliputi sumber lisan dan dokumen-dokumen bertulis. Zaman kanak-kanaknya dilalui seperti kanak-kanak lain yang sezaman dengannya. Permainan tradisional merupakan intipati utama zaman kanak-kanak Ramli. Terdapat sesetengah daripada permainan pada zamannya sudah pupus pada hari ini (2008).[49]

Menempuh liku-liku usia kanak-kanak, remaja dan dewasanya hingga ke hari ini (berusia 48 tahun), Ramli telah menjadi saksi mata kepada pelbagai amalan adat resam Melayu masyarakat kampung sekitar Kg. Kelar Tok Pukang. Sesetengah daripada amalan tersebut telah difatwakan haram oleh ulama’-ulama’ yang mentadbir Kelantan tahun 1990. Pengfatwaaan haram sesetengah amalan adat resam yang berunsur khurafat dilakukan Tok Guru Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat), Menteri Besar Kelantan selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjaya menawan Kelantan dalam pilihanraya ke-9, tahun 1990[50]. Antara amalan adat resam tersebut (difatwakan haram); main peteri (pada awalnya kerap dimainkan oleh masyarakat kampung bagi tujuan perubatan), bagih (bertujuan perubatan sama seperti main peteri namun tidak menggunakan alatan bunyian-bunyian seperti gendang dan seruling)[51] dan wayang kulit (kerap dimainkan di Kg. Kelar Benban dan Kg. Kelar Binjai) dan puja semangat padi[52]. Amalan-amalan tersebut kebanyakannya terus pupus selepas tahun 1990[53]. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir pengamalnya yang masih mempraktikkannya, namun hanya bertujuan persembahan. Persembahan ini semata-mata persembahan kebudayaan.

Ramli telah menamatkan zaman bujangnya seawal usia 20 tahun dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor pada tahun 1980. Setelah setahun mengenali antara satu sama lain, Ramli mengambil keputusan untuk memperisterikan Nor Aizan. Setelah memberitahu kepada Hajah Zainab tentang hasratnya, rombongan meminang dihantar ke rumah ibu bapa Nor Aizan, Mohd Nor b. Yusof dan Halijah bt. Yusof di kampung yang sama dengan Ramli. Mohd Nor dan Halijah menerima pinangan yang dibawa oleh Hajah Zainab. Majlis perkahwinan dilangsungkan dengan serba ringkas dengan mas kahwin (mas kahwin + hantaran) sebanyak RM 500[54]. Hantaran yang dibawa oleh Ramli semasa majlis akad nikah berupa kain dan makanan sebanyak lima dulang serta sebentuk cincin emas[55]. Selepas hampir setahun setengah usia perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 5 Disember 1981. Anak lelaki pertama mereka diberi nama Erma Ellizadi (kemudiannya menukar nama kepada Ahmad Faisal). Pada 3 Mei 1984 anak kedua Ramli telah dilahirkan, juga lelaki yang dinamakan Ermi Evaivana (kemudiannya menukar nama kepada Muhammad Danial pada tahun 2004 merangkap diri pengkaji). Selang tidak lama selepas kelahiran anak keduanya, Ramli telah berkahwin dengan isteri keduanya Samsiah bt. Semail. Hasil perkahwinannya dengan Samsiah, pada Jun 1985 lahirlah anak ketiga Ramli yang diberi nama Dr Emarina (kemudiannya menukar namanya kepada Nur Liyana pada tahun 2004). Hasil kedua-dua perkahwinannya, Ramli telah dikurniakan dengan zuriat yang ramai iaitu 19 orang hingga ke hari ini (Mei 2008). Namun, empat orang daripada zuriatnya telah meninggal diusia muda. 15 orang yang selebihnya telah membesar dengan normal. Zuriatnya yang paling sulung berumur 27 tahun, manakala yang bongsu berumur enam tahun. Zuriat hasil perkahwinannya dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor; Ahmad Faisal (1981), Muhammad Danial (1984), Nr Emawati (1986), Attarmizi (1991), Martini (1994), Nor Damira (1997) dan Arrahman (1999). Manakala zuriat hasil perkahwinannya dengan Samsiah bt. Semail; Nur Liyana (1985), Atmaliza (1987), Albukhari (1989), Arbidayu (1992), Abi Ikram (1994), Sona Anida (1997), Ramila (1999) dan Amirudin (2002). Perkahwinan Ramli dengan kedua-kedua isterinya masih berkekalan sehingga ke hari ini (2008).

Nor Aizan bt. Mohd Nor merupakan ibu pengkaji. Diperanakkan di rumah kedua orang tuanya di Kg. Kelar Tok Pukang, pada tarikh 6 Jun 1965[56]. Nor Aizan merupakan anak kelima hasil perkahwinan Mohd Nor b. Yusof (Yusof Padang) dengan Halijah bt. Yusof (Yusof Tebing Kelar). Rahimah (meninggal ketika berusia 21 bulan) lahir pada tahun 1945 diikuti Rahmah pada tahun 1949, Siti Zin tahun 1953, Rozana (meninggal ketika berusia 9 hari) lahir pada tahun 1963 dan Nor Aizan tahun 1965. Rahimah dan Rozana meninggal ketika masih kecil selepas diserang penyakit sawan. Membesar sekitar 1960-an – 1980-an telah memberi peluang kepada Nor Aizan memerhati serta mengalami sendiri pengamalan-pengamalan adat resam lama. Sesetengahnya sudah tidak diamalkan langsung di kampung ini pada masa sekarang (2008). Nor Aizan sempat mengalami sendiri amalan-amalan adat resam berkisar adat melahirkan anak seperti adat melenggang perut (biasanya diadakan selepas 40 hari kelahiran)[57]. Semasa mengandungkan anak pertamanya awal tahun 1981, Nor Aizan sempat menghadiri upacara main peteri yang ketika itu dijalankan di rumah Hajah Zainab bagi mengubati suaminya, Haji Tayib. Itulah kali penghabisan kepada Nor Aizan menghadiri upacara main peteri[58]. Tahun 1980, Nor Aizan telah menamatkan zaman daranya dengan Ramli.[59]


Lapis Pertama: Muhammad Danial bin Ramli dan Adik Beradik
Pengkaji merupakan anak kedua hasil perkahwinan antara Ramli b. Che Husin dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Dilahirkan sebelum subuh, jam 5.45 pagi hari Khamis tanggal 3 Mei 1984 di rumah orang tuanya, Kg. Kelar Tok Pukang[60]. Pengkaji diberi nama Ermi Evaivana (kemudian menukar namanya kepada Muhammad Danial pada tahun 2004)[61]. Muhammad Danial dilahirkan berbidankan jururawat yang berasal dari Melaka bernama Haizul[62]. Pengkaji melalui zaman kanak-kanaknya dengan bermain permainan-permainan tradisional. Kebanyakan daripada permainan-permainan tersebut sudah tidak atau kurang dimainkan oleh kanak-kanak kampung ini lewat 1990-an.[63] Permainan zaman kanak-kanak ini biasanya dimainkan oleh pengkaji bersama adik-beradik serta kanak-kanak yang lain di kampung ini. Kawasan lapang di hadapan rumah Hajah Zainab menjadi medan utama permainan tersebut berlangsung. Permainan-permainan ini merupakan satu medium pembentukkan jalinan sosial kanak-kanak kampung ketika itu.[64] Jelas permainan-permainan zaman kanak-kanak pengkaji ini memberi nilai tambah kepada kemahiran sosialisasi masyarakat kampung. Zaman kanak-kanak merupakan teras kepada pembentukkan sesuatu struktur masyarakat, membentuk struktur negeri, negara, dunia dan cakerawala pada akhirnya.[65]

Muhammad Danial sempat menyaksikan sendiri upacara adat resam yang kebanyakannya sudah tidak sempat disaksikan oleh kanak-kanak yang lebih muda umurnya. Pengkaji masih mengingati ketika usianya menjangkau tiga tahun, menyaksikan main peteri di rumah Hajah Zainab. Main peteri tersebut sebagai ikhtiar bagi mengubati penyakit yang dideritai oleh Haji Tayib[66]. Semasa usianya sekitar 15 tahun, pengkaji telah menghadiri upacara perbomohan yang dijalankan di rumah jiran pengkaji. Bomoh tersebut, Moksu Bidah telah melakukan upacara bagi menghalau semangat halus (spirit) yang dikatakan merasuk pesakit. Memulai upacara tersebut, Moksu Bidah membaca mantera-mantera yang tidak dapat difahami oleh hadirin dan pada penamatannya, dia telah menabur beras menandakan menghalau semangat tersebut[67].

Pengkaji dikurniakan sebuah keluarga yang besar.[68] Pengkaji mempunyai 19 adik-beradik termasuk pengkaji. Namun empat daripadanya telah meninggal dunia ketika masih kecil. Adik-beradik seibu sebapa (Ramli + Nor Aizan); Ahmad Faisal (lahir pada 5 Disember 1981 hari Sabtu), pengkaji sendiri (3 Mei 1984 hari Khamis), Nr Emawati (10 Jun 1986 hari Selasa)[69], Attarmizi (16 April 1991 hari Selasa)[70], Martini (18 Mac 1994 hari Jumaat)[71], Nor Damira (1 Februari 1997 hari Sabtu)[72] dan Arrahman (6 Julai 1999 hari Selasa)[73]. Adik-beradik sebapa (Ramli + Samsiah); Nur Liyana (lahir pada 12 Jun 1985 hari Rabu)[74], Atmaliza (26 September 1987 hari Sabtu)[75], Albukhari (23 Ogos 1989 hari Rabu)[76], Arbidayu (27 Mac 1992 hari Jumaat)[77], Abi Ikram (25 Ogos 1994 hari Khamis)[78], Sona Anida (5 Jun 1997 hari Khamis)[79], Ramila (29 September 1999 hari Rabu)[80] dan Amirudin (22 Mac 2002 hari Jumaat)[81].

Kesimpulan

Latar belakang tokoh-tokoh utama bagi setiap lapis (lapis keempat, ketiga, kedua dan pertama) dalam keluarga Che Hassan telah dikupas. Secara sepintas lalu, pembaca akan kenal tokoh-tokoh dalam keluarga Che Hassan sepanjang 96 tahun bermula kelahiran Che Hassan (1912) hingga ke hari ini (2008). Che Hassan telah dikurniakan zuriat yang berterusan bagi meneruskan legasi keluarga. Keturunannya terus bertambah dari segi bilangan dari sehari ke sehari. Namun, yang pentingnya, jika keturunannya mampu menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, maka barulah boleh dikenang akan keluarganya.































BAB 3

ANJAKAN PENDIDIKAN: SOROTAN JENIS DAN TARAF


Pengenalan
Pendidikan merupakan satu skop pemerhatian yang memang tidak dapat dipisahkan dalam pengkajian persejarahan keluarga. Mengabaikan perihal pendidikan akan memincangkan pengkajian sejarah keluarga Che Hassan. Pendidikan secara ringkasnya dapatlah dirujuk sebagai medium penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan anggota masyarakat. Pendidikan yang ingin dikaji sepanjang 96 tahun perjalanan keluarga Che Hassan meliputi jenis dan tarafnya. Jenis pendidikan merujuk kepada sistem pendidikan tradisional (pendidikan tidak formal) dan moden (pendidikan formal). Sistem pendidikan tradisional pula terbahagi kepada dua iaitu pendidikan membaca Al-Quran dan pendidikan pondok. Manakala bagi sistem pendidikan moden pula adalah pendidikan formal di sekolah-sekolah kebangsaan. Keluarga Che Hassan telah menyaksikan keterlibatan kedua-dua sistem pendidikan tersebut dan peripentingnya tidak boleh dipertikaikan. Manakala taraf pendidikan merujuk kepada peringkat yang pendidikan yang diperolehi bermula peringkat primer, sekunder dan tertier.


Sistem Pendidikan Tradisional
Sistem pendidikan tradisional merupakan sistem pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan ini merupakan sistem pendidikan utama bagi keluarga Che Hassan terutamanya bagi lapis-lapis yang ke atas. Walaupun sudah melangkah abad ke-21, sistem pendidikan tidak formal ini masih berlangsung dalam keluarga Che Hassan. Bukan hanya dalam keluarga ini, malah masyarakat sekitar Kg. Kelar Tok Pukang, malah Pasir Mas keseluruhannya masih mengamalkannya. Sistem pendidikan tradisional ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan membaca Al-Quran dan pendidikan pondok.


i) Membaca Al-Quran
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata-mata kepada pelajaran kitab suci Al-Quran. Kanak-kanak Melayu pada masa itu biasanya mengkaji ayat-ayat Al-Quran daripada imam di surau atau masjid.[82] Pendidikan tradisi seperti ini merupakan pendidikan tidak formal. Kurikulumnya terlalu sempit dan terhad kepada pelajaran teks Al-Quran sahaja.[83] Walaupun begitu, bagi masyarakat kampung di Kelantan hingga kini, mengaji Al-Quran merupakan salah satu daripada cabang pendidikan wajib. Walaupun mereka tidak mengerti ilmu-ilmu moden yang disifatkan ilmu keduniaan semata-mata, tetapi mereka tidak mengabaikan konsep pendidikan sepanjang hayat seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran. Belajar membaca Al-Quran adalah kemestian, di samping juga belajar tajwid (Grammatical), qiraat (teknik pembacaan) dan taranum (melagukan Al-Quran). Inilah pendidikan awal kebanyakan masyarakat kampung di Kelantan terutamanya di sekitar Pasir Mas walaupun pada ketika itu sudah terdapat sekolah-sekolah pondok yang terdekat seperti Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Pendidikan Che Hassan dalam pendidikan membaca Al-Quran tidak dapat diselidiki kerana ketiadaan sumber. Namun, merujuk kepada masyarakat sezaman dengannya, maka membaca Al-Quran adalah pendidikan wajib bagi setiap penduduk kampung. Pendidikan membaca Al-Quran dapat dikesan dengan jelas pada lapis ketiga keluarga Che Hassan. Che Husin b. Che Hassan semasa usia kanak-kanaknya belajar membaca Al-Quran bergurukan Tuan Guru Haji Ahmad[84]. Manakala Sarah bt. Mahmod mendapat belajar membaca Al-Quran bergurukan Hajah Zainab yang juga ibu angkatnya. Kebolehan membaca Al-Quran pada ketika itu merupakan kemestian kepada anak-anak muda di kampung. Sarah telah belajar muqaddam (juzuk Amma, juzuk ke-30 dalam Al-Quran, dikenali di Kelantan dengan surah kecil) serta khatam Al-Quran seluruhnya bergurukan Hajah Zainab. Awal tahun 1990, Sarah telah menghadiri pengajian Al-Quran di surau kubur Kg. Kelar Benban (dikenali dengan surau kubur kerana letaknya berhadapan tanah perkuburan). Gurunya ketika itu Tuan Guru Haji Deraman (Allahyarham) telah mencurahkan pengetahuannya dalam selok belok pembacaan Al-Quran kepada murid-muridnya, termasuklah Sarah[85].

Sistem pendidikan tradisional ini merupakan amalan sunnah (sunat) bagi penganut Islam (sesetengah orang memanggilnya amalan tradisi). Maka, pengamalannya berterusan dalam keluarga Che Hassan. Ramli turut mendapat pendidikan secara tidak formal. Ramli mendapat pendidikan Al-Quran (membaca) seawal usia kanak-kanak lagi. Guru Al-Quran pertamanya ialah Hajah Zainab. Begitu juga dengan Nor Aizan[86]. Lapis pertama keluarga Che Hassan juga turut mendapat pendidikan membaca Al-Quran yang bergurukan dengan Hajah Zainab. Boleh dikatakan, kesemua ahli keluarga Che Hassan telah mendapat pendidikan membaca Al-Quran bergurukan Hajah Zainab.[87]

Upacara kemuncak yang memang sudah menjadi darah daging masyarakat Islam Kelantan dalam pendidikan membaca Al-Quran ialah Majlis Khatam Al-Quran. Majlis khatam Al-Quran biasanya diadakan di rumah pelajar. Majlis ini diadakan sempena pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajian Al-Quran sebanyak 30 juzuk (bab). Biasanya majlis khatam Al-Quran diadakan dalam bentuk halaqah (bulatan), guru Al-Quran akan berada di kedudukan utama, diikuti oleh golongan tua yang pandai membaca Al-Quran (biasanya sekurang-kurangnya 20 orang). Pelajar yang khatam Al-Quran akan ditempatkan di tengah-tengah bulatan tersebut dan akan mengikuti bacaan ayat-ayat Al-Quran (biasanya surah Ad-Dhuha yang dibaca oleh guru Al-Quran tersebut serta golongan tua kampung yang diajak. Biasanya majlis tersebut diadakan semeriah seperti kenduri kahwin.[88]


ii) Pendidikan Pondok
Pendidikan pondok juga merupakan sistem pendidikan bercorak tradisional suatu ketika dahulu. Namun, kini sudah wujud sistem pendidikan pondok moden yang bersifat formal (juga dikenali pendidikan madrasah). Sistem pendidikan pondok dinamakan demikian kerana pelajar-pelajar yang berguru kepada seorang tokoh atau ulama yang terkenal mendirikan pondok-pondok mereka yang juga merupakan tempat ulama itu mengajar, sama ada di rumahnya sendiri ataupun di masjid. Seterusnya pondok itu akan diberi mengikut nama tempat itu sendiri ataupun nama ulama yang mengajar untuk membezakannya dari pondok yang lain.[89] Mengikut sejarahnya, Patani merupakan tapak penyebaran Islam di Asia Tenggara pada abad ke-17 telah ditawan oleh Thai pada abad ke-19 dan ke-20. Penawanan ini telah menyebabkan guru-guru agama pindah ke Kelantan dan membuka pondok[90]. Pondok yang pertama didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Guru Haji Abd Samad Abdullah (dikenali Tok Pulau Chondong).[91]

Pondok Lubuk Tapah menyaksikan kesungguhan keluarga Che Hassan ingin menunaikan kewajipan menuntut ilmu. Pondok Lubuk Tapah ketika itu memang terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di Pasir Mas khususnya, Kelantan, Malaysia dan Nusantara umumnya. Pondok Lubuk Tapah merupakan penyumbang kepada penerusan keilmuan Islam meliputi ilmu Usuludin, Feqah, Tasauf dan sebagainya. Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas merupakan pusat Pengajian Pondok yang terkenal di Kelantan. Pondok ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ab. Rahman b. Haji Che Wan seawal tahun 1931[92]. Pada tahun 1967, anak beliau Tuan Guru Haji Abdullah b. Haji Ab. Rahman[93] telah mengambil alih tempat beliau sebagai guru dan mudir di Pondok Lubuk Tapah.[94]
Sekitar tahun 1980-an, Sarah telah meneruskan tuntutan pendidikan dengan mengunjungi ceramah-ceramah agama di Pondok Lubuk Tapah. Pengajian ilmu-ilmu agama seperti feqah, ibadat dan aqidah Islam diajar oleh Tok Guru Haji Esah (Puan Guru Hajah Esah, adik kepada Tuan Guru Haji Abdullah B. Haji Abdul Rahman) pada setiap pagi hari Jumaat[95]. Pendidikan Islam yang diterima daripada kelasnya di Pondok Lubuk Tapah berterusan hingga lewat 1990-an. Sarah tidak dapat meneruskan pengajiannya di pondok tersebut ekoran kekangan kesihatannya. Di samping menuntut di Pondok Lubuk Tapah, Sarah sempat juga menghadiri kelas tajwid di surau Haji Deraman (surau lama Kg. Benban) bergurukan Saidah[96]. Namun, pengajiannya dengan Saidah tidak panjang tempoh masanya, hanya bertahan sekitar satu tahun. Sarah tidak berhenti mencari ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk di bawa ke akhirat. Walaupun Sarah tidak dapat membaca atau menulis rumi mahupun jawi, namun Sarah tidak kekurangan pendidikannya dalam ilmu berkaitan agama Islam. Sekurang-kurangnya, ilmu agama tersebut telah digunakannya untuk mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Sekitar 1970-an, semasa bersekolah menengah, lapis kedua keluarga Che Hassan iaitu Ramli telah berulang-alik ke Pondok Lubuk Tapah bagi menuntut ilmu secara separuh masa. Apabila terdapat kelapangan masa terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu, Ramli akan pergi ke Pondok Lubuk Tapah belajar ilmu Usuludin dan Feqah dengan Tok Guru Haji Lah (Tuan Guru Haji Abdullah b. Haji Abdul Rahman). Ramli menuruskan pendidikan secara tradisional Islam daripada Tok Imam Noor (Mohd Noor b. Hamad) sekitar tahun 1980-an. Pendidikan dengan Tok Imam Noor merupakan kesinambungan daripada pendidikannya di Pondok Lubuk Tapah.[97]


Sistem Pendidikan Moden
Pendudukan British di Tanah Melayu telah memberi satu nafas baru kepada bidang pendidikan formal orang Melayu dengan tertubuhnya Sekolah Vernakular Melayu. Bermula pada tahun 1856, dua buah sekolah ditubuhkan di Singapura kemudian beberapa sekolah ditubuhkan di Pulau Pinang, Melaka dan negeri-negeri Melayu lain.[98] Pelajar diajar membaca, mengeja, mengarang, menulis, ilmu hisab, ilmu alam dan latihan jasmani.[99] Pada masa itu, hanya kanak-kanak lelaki yang mendominasi pendidikan formal di sekolah vernakular Melayu.[100]

Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kelantan adalah pada tahun 1903. Sekolah ini tidak mempunyai nama yang khusus tetapi lebih dikenali sebagai Sekolah Melayu di kalangan penduduk setempat. Sekolah ini didirikan dengan menumpang di berek-berek polis yang kosong yang terletak berhampiran dengan balai polis dan pejabat pos. Kini, tapak asal bangunan sekolah itu berada di Padang Merdeka, Kota Bharu. Penubuhan sekolah ini dilakukan dengan inisiatif yang diambil oleh Muhamad Ghazaly bin Arifin dari Singapura dan bukannya pihak British.[101]Walaupun sistem pendidikan moden ini sudah diperkenalkan di Kelantan seawal 1903[102], namun moyang dan datuk pengkaji tidak berpeluang umtuk mengikutinya. Che Hassan (lapis keempat), Che Husin b. Che Hassan dan Sarah bt. Mahmod (lapis ketiga) tidak pernah mendapat peluang mengikuti sistem pendidikan moden membuatkan mereka semua buta huruf (tidak dapat membaca tulisan rumi). Zaman pendidikan Che Hassan tidak dapat diselidiki kerana ketiadaan sumber. Walau bagaimanapun, disebabkan gaya hidup dan status ekonomi yang sama dengan anaknya, Che Husin, maka justifikasi dapat dibuat bahawa Che Hassan tidak mendapat pendidikan formal seperti anaknya. Che Husin tidak mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan mahupun sekolah pondok ketika usia mudanya. Manakala Sarah juga sama seperti Che Husin. Sarah tidak mendapat pendidikan secara formal di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sesuai dengan mentaliti masyarakat kampung Kelantan ketika itu (sekitar lewat 1940-an dan awal 1950-an) yang tidak menggalakkan anak perempuan mereka belajar di sekolah.[103] Sarah merupakan hasil mentaliti masyarakat ketika itu. Sarah kini masih tidak mampu membaca atau menulis dalam tulisan rumi kerana tidak mendapat pendidikan secara formal.

Manakala Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor (lapis kedua) merupakan orang terawal dalam keluarga Che Hassan mendapat pendidikan moden (formal). Ramli sudah melalui zaman pencahayaan dalam bidang pendidikan kerana sudah dihantar belajar di sekolah (sekolah kebangsaan). Ramli mula bersekolah selepas pembentukan Malaysia, 16 September 1963[104]. Alam pendidikan Ramli sudah berbeza berbanding alam pendidikan lapis-lapis ke atasnya. Sekolah-sekolah kebangsaan sudah banyak didirikan di kawasan kampung di Kelantan. Mentaliti ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak juga sudah berubah. Perkara ini dapat disorot melalui tindakan Hajah Zainab menghantar Ramli belajar peringkat primer (primer/pertama) di Sekolah Kebangsaan Kelar (SK Kelar). Tahun 1967 merupakan tahun pertama pendidikan formal Ramli di sekolah. Ramli diajar membaca, menulis dan mengira. Teras utama pendidikan sekolah adalah untuk membolehkan kanak-kanak mampu membaca dan menulis rumi (tulisan roman) dalam Bahasa Melayu. Pendidikan peringkat primer ini berlangsung selama enam tahun berakhir pada tahun 1972. Ramli meneruskan pendidikan peringkat sekunder (secondary/kedua) di Sekolah Menengah Lemal (SMK Lemal)[105] pada tahun 1973. Pada peringkat kedua ini, Ramli telah didedahkan kepada lapan matapelajaran, sesetengahnya merupakan matapelajaran yang pertama kali dipelajarinya.[106] Selepas tiga tahun belajar kelapan-lapan subjek tersebut, Ramli telah menghadiri peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada Oktober 1965.[107] Keputusan cemerlang yang diperolehi olehnya dalam peperiksaan SRP tahun 1975 iaitu pangkat A telah memberi jalan kepada Ramli bagi menyambung pendidikannya di peringkat menengah atas di sekolah yang sama.[108] Kejayaan yang cemerlang dalam SRP telah memberi peluang kepada Ramli menambah tempoh dua tahun lagi di SMK Lemal sehinggalah menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1977. Pada tahun tersebut, Ramli telah mengambil enam matapelajaran; Bahasa Malaysia, (kemudiannya dikenali Bahasa Melayu), Kesusasteraan Melayu, Pengetahuan Ugama Islam (kemudiannya dikenali Pendidikan Islam), Sejarah, Ilmu Alam (kemudiannya dikenali Geografi) dan Lukisan. Ramli meneruskan kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM.[109]

Keputusan yang diperoleh Ramli cukup untuk melayakkannya menyambung pendidikannya ke peringkat tingkatan enam di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Satu (SIS), Pasir Mas pada tahun 1978-79. Ramli telah belajar tingkatan enam selama dua tahun dan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran (STP) pada tahun 1979. Semasa tingkatan enam, Ramli mengambil lima matapelajaran; Ekonomi, Sejarah Islam, Sejarah Asia Tenggara, Pengetahuan Agama Islam dan Geografi. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STP telah melayakkan Ramli untuk menyambung pendidikannya di peringkat tertier (tertiery/ketiga). Namun, disebabkan sudah tidak berminat untuk meneruskan pendidikan di peringkat tersebut, Ramli menolak sebarang tawaran yang datang.

Nor Aizan bt. Mohd Nor juga dibesarkan dalam zaman perkembangan pendidikan sekular di Kelantan. Seawal umur tujuh tahun, Nor Aizan telah dihantar bersekolah di SK Kelar pada tahun 1972. Pendidikan primernya ini berlangsung selama enam tahun hingga 1977. Ketika berusia 11 tahun, Nor Aizan telah mengambil Ujian Tahun 5[110]. Pendidikan sekunder Nor Aizan diteruskan menjelang umurnya 13 tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong (SMK Kangkong)[111] merupakan destinasi keduanya mengutip ilmu-ilmu keduniaan sebagai awasan menuju hari-hari mendatang. Tanpa pendidikan, amat sukar untuk menempuh kehidupan yang semakin serba mencabar. Jarak 3km perjalanan ke sekolah dengan berjalan kaki diharunginya semata-mata ingin menuntut ilmu. 1980 merupakan tahun ketiga Nor Aizan belajar di SMK Kangkong. Hampir beberapa bulan sebelum menghadapi peperiksaan SRP, Nor Aizan telah dipinang oleh Ramli[112]. Perkahwinannya dengan Ramli telah menamatkan zaman pendidikan secara formalnya.

Lapis pertama menunjukkan kesinambungan kepada penerimaan pendidikan moden. Boleh dikatakan, pendidikan moden ini ‘wajib’ kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk melaluinya. Bukan itu saja, lapis pertama keluarga Che Hassan telah meninggikan lagi taraf pendidikan formal yang dapat dicapai iaitu hingga ke peringkat tertier. Ahmad Faisal merupakan satu-satunya adik-beradik pengkaji yang telah mendapat pendidikan formal seawal umurnya kurang tujuh tahun. Ahmad Faisal telah dihantar belajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TBK) kelolaan Bahagian Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia ketika umurnya lima tahun. Selama dua tahun belajar di TBK yang berbangunan di SK Kelar, Ahmad Faisal ditauliahkan pada 7 November 1987[113]. Pada 3 Januari 1988, Ahmad Faisal telah mendaftar di SK Kelar dengan memegang angka daftar bilangan ke-1461[114]. Pada tahun 1993, dia telah menduduki UPSR.[115]. Ahmad Faisal meneruskan pendidikan peringkat sekundernya di SMK Kangkong pada tahun 1994. Pada tahun 1996, Ahmad Faisal telah menduduki peperiksaan PMR.[116]. Selepas memperolehi keputusan PMR, Ahmad Faisal telah meneruskan pendidikan peringkat menengah atas di sekolah yang sama. Pada tahun 1998, Ahmad Faisal telah menduduki peperiksaan SPM dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Pendidikan peringkat tertiernya dimulai dengan pengajian di Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali UiTM) Kampus Jengka selama sebulan (orientasi) dan Kampus Kota di Kuantan (selama sebulan) bagi kursus pra-diploma Akaun. Namun, selepas lebih kurang 2 bulan belajar di sana, dia telah menerima panggilan untuk menyambung pengajiannya di maktab. Ahmad Faisal diterima masuk ke Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur selama tiga tahun (1999-2001).[117]

Muhammad Danial pula telah dihantar belajar membaca, menulis dan mengira seawal usia tujuh tahun. Sekolah Kebangsaan Kelar (SK Kelar) merupakan sekolah pertama pengkaji belajar pendidikan formal. Pengkaji merupakan murid ke 1648 mendaftar di SK Kelar[118]. Selama enam tahun belajar di SK. Kelar, antara tahun 1991-1996, pengkaji telah mendapat pelbagai pengalaman awal bagi menyambung pendidikannya pada masa depan.[119]Cikgu Khadijah merupakan guru yang mendidik pengkaji mengenal huruf, membaca dan menulis rumi.[120]Pendidikan peringkat sekunder diteruskan di SMK Kangkong pada tahun 1997. Berpandukan senarai daftar, pengkaji merupakan pelajar yang ke 5489 mendaftar di SMK Kangkong[121]. Pengkaji belajar 8 matapelajaran yang kebanyakannya pertama kali dipelajarinya; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.[122] Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 1999 menyaksikan pengkaji mendapat keputusan yang agak memberangsangkan.[123]. Selepas mendapat keputusan yang agak memberangsangkan ini, pengkaji ditawarkan menyambung pendidikan menengah atas bagi aliran sains tulin di sekolah yang sama. Pada masa yang sama juga, pengkaji ditawarkan biasiswa Kecil Persekutuan. Pengkaji menyambung tingkatan empat aliran sains.[124] Lebih kurang dua tahun belajar, pengkaji telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2001.[125] Pengkaji telah ditawarkan menyambung pengajian di UiTM, cawangan Terengganu, kampus Dungun dalam jurusan diploma Sains Komputer[126]. Walau bagaimanapun, selepas lima bulan menuntut, pengkaji merasakan kesukaran untuk menyesuaikan diri lalu mengambil keputusan untuk berhenti belajar di UiTM. Awal tahun 2003, dengan sokongan Nor Aizan (ibu), pengkaji telah mendaftar bagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).[127] Pada masa yang sama, dengan bantuan Pengetua SMKTPR, pengkaji diterima masuk belajar di tingkatan 6 Rendah 1 (6R1). Penghujung tahun 2003, pengkaji telah menduduki peperiksaan STPM calon persendirian bertempat di SK Dato’ Hamid (1), Pasir Mas.[128] Pengkaji tidak memohon memasuki universiti menggunakan keputusan tersebut, tetapi menyambung kembali di tingkatan 6 Atas 1 (6A1). Penghujung tahun 2004 menyaksikan tahun penghabisan pendidikan sekunder pengkaji apabila menduduki peperiksaan STPM di SMKTPR.[129] Keputusan STPM yang keluar pada bulan Mac 2005 tidak 100% tepat dengan jangkaan pengkaji, namun masih layak untuk memohon meneruskan pengajian peringkat tertier.[130]Keputusan STPM 2004 ini telah dijadikan sebagai tiket untuk memohon kemasukkan ke universiti. Penghujung bulan Jun 2005, pengkaji telah diterima melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak[131].

Kesemua adik-beradik pengkaji memulakan pendidikan peringkat primer di SK Kelar. Manakala pada peringkat sekunder, SMK Kangkong dan SMKTPR menjadi pilihan. Bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas, SMK Kangkong; Ahmad Faisal (1994-1998), Muhammad Danial (1997-2001), Nur Liyana (1998-2002), Nr Emawati (1999-2003), Atmaliza (2000-2004)[132], Albukhari (2002-2006)[133] dan Arbidayu (2005-sekarang, 2008)[134]. Manakala bagi SMKTPR; Attarmizi (2004-sekarang, 2008), Martini dan Abi Ikram (2007-sekarang)[135]. Bagi pendidikan peringkat pra-universiti pula, SMKTPR, Kolej Sultan Ismail dan SMK Kangkong menjadi pilihan; SMKTPR; Muhammad Danial dan Nur Liyana (2003-2004), Nr Emawati di Kolej Sultan Ismail (2004-2005)[136] dan Atmaliza di SMK Kangkong (2005-2006). Nur Liyana, Atmaliza, Albukhari dan Arbidayu menuntut dalam aliran yang sama bagi menengah atas iaitu aliran sastera.[137]Manakala Nr Emawati dan Attarmizi menuntut dalam aliran sains.[138] Keputusan yang cemerlang yang diperolehi oleh Nr Emawati dan Attarmizi semasa PMR; Nr Emawati[139] dan Attarmizi[140] membolehkan kedua-duanya mengambil aliran sains bagi menengah atas. Nur Liyana yang telah mengambil STPM tahun 2004 dan 2005 tidak bernasib baik untuk melanjutkan pendidikannya di peringkat tertier. Permohonan sebagai jururawat masyarakat (JM) yang dipohon telah diterima. Sekarang Nur Liyana mengikuti kursus JM di Kolej Kejururawatan Batu Pahat. Nr Emawati juga telah memohon dan diterima melanjutkan dalam bidang diploma kejururawatan di Kolej Kejururawatan Johor Bharu. Kursus tersebut memakan masa selama tiga tahun (2008-2010).[141]

Pendidikan moden ini nyata telah menjadi suatu kewajipan pada hari ini.[142] Pendidikan yang sempurna akan membuka ruang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik seperti kerani ataupun guru tidak sahaja membawa perubahan dalam bidang ekonomi rakyat tetapi mampu menjadi pemangkin ke arah perubahan sosial dan status dalam masyarakat. Di Kelantan, “makan gaji” merupakan suatu pekerjaan yang baik kerana penduduk Kelantan lebih cenderung untuk terlibat dalam kegiatan pertanian.[143] Peluang pendidikan yang lebih luas dan tinggi ini akan membantu mempercepatkan mobiliti sosial di kalangan masyarakat kerana mereka akan mendapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan apabila tamat pengajian di institusi tersebut. Mereka yang tergolong dalam kelompok ini selalu dianggap sebagai orang baik-baik yang sentiasa dipandang tinggi dan dihormati ramai.[144]


Kesimpulan
Jelaslah, pendidikan merupakan keperluan kepada semua manusia. Begitu juga dengan keluarga Che Hassan. Pada awalnya, sistem pendidikan tradisional menjadi satu-satunya sistem pendidikan yang diamalkan. Namun sekitar lewat 1960-an, suasana tersebut telah mula berubah. Sistem pendidikan moden (juga dikenali sistem pendidikan sekular turut sama mendapat perhatian. Namun, lewat 1980-an, sistem pendidikan moden telah disanjung tinggi hinggakan sistem pendidikan tradisional mula dipinggirkan. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam perjalanan keluarga Che Hassan. Lapis-lapis atas pengkaji terutamanya lapis ketiga merupakan pengamal setia sistem pendidikan tradisional. Alasan mengapa berlaku sedemikian mungkin kerana semasa zaman kanak-kanak Che Husin telah berlakunya peristiwa yang telah membantutkan perkembangannya (perkembangan pendidikan). Ketika usianya 2-3 tahun, ibunya dipenjarakan, ayahnya di bawa Jepun ke Burma dan peristiwa Jepun menawan Tanah Melayu. Kesemuanya dilihat menjadi faktor perencat kepada Che Husin bagi mendapatkan pendidikan. Manakala bagi Sarah yang membesar lewat 1940-an dikekang dengan pemikiran ibu bapa dan masyarakat yang mengatakan “setinggi mana pun belajar, ke ceruk dapur jua kamu kembali”. Zaman Ramli dan Nor Aizan, masyarakat mulai sedar tentang pentingnya pendidikan. Bertepatan dengan pertambahan fasiliti pendidikan termasuklah bilangan sekolah yang semakin banyak jumlahnya telah menjadi faktor tambah. Namun, anak-anak yang membesar lewat 1980-an dan awal 1990-an mula menunjukkan perubahan yang ketara kepada pemilihan sistem pendidikan. Lapis pertama keluarga Che Hassan nampaknya menjadikan sistem pendidikan moden sebagai suatu kewajipan. Namun pada masa yang sama mula memandang suram keperluan sistem pendidikan tradisional. Keadaan ini timbul mungkin disebabkan pengaruh material yang mulai mencengkam masyarakat. “Bagi mendapat pulangan kewangan yang banyak, maka pendidikan mestilah tinggi”. Slogan ini telah mula mengabui mata akal dengan menumpukan kepada pendidikan formal semata-mata sehingga mengabaikan sistem pendidikan tradisional iaitu pendidikan membaca Al-Quran dan pendidikan pondok.
















BAB 4

KEGIATAN EKONOMI PEWARISAN DAN PERUBAHAN:
SOROTAN 96 TAHUN



Pengenalan

Kegiatan ekonomi juga merupakan skop yang amat wajar untuk dikupas apabila membicarakan tentang sejarah keluarga. Keluarga Che Hassan telah melalui pelbagai drama ekonomi. Sama ada berbentuk pewarisan, transisi dan keluar terus daripada kebiasaan. Jelasnya, semakin menuruni lapis keluarga, semakin jelas perubahannya. Orientasi dan carakerja yang berbeza juga dapat diperhatikan. Secara implisitnya, perubahan kegiatan ekonomi ini sejajar dengan perubahan taraf pendidikan yang diperolehi oleh keluarga Che Hassan.


Kegiatan Ekonomi Pewarisan


”Bermula, adalah kehidupan mereka itu memukat ikan dan bertanam padi adanya...sawah mereka itu seperti lautan lagi dan lapangnya serta suci sawah itu daripada segala kayu-kayu dan tunggul-tunggul. Maka adalah isi kampung itu penuh dengan nyiur dan pinang dan buah-buahan sahaja.”[145]


Skop yang ingin diteliti dalam bahagian kegiatan ekonomi warisan ini adalah tentang tokoh lapis ketiga keluarga Che Hassan iaitu Che Husin dan Sarah yang mewarisi pekerjaan seperti ibu bapa mereka. Kegiatan ekonomi yang berteraskan pengunaan kerahan tulang empat kerap semaksimum mungkin. Bagi menampakkan pewarisan ini, maka perlulah dimulai dengan kegiatan ekonomi Che Hassan terlebih dahulu.

Che Hassan menyara kehidupannya sejak dari usia muda dengan menyadat nyior (mencari nira kelapa)[146]. Semasa mudanya dia hanya mencari nira kelapa di sekitar Kg. Benban[147]. Namun semasa zaman Jepun (1941-1945) dia telah pergi hingga Kg. Kubang Rawa, Seberang Salor, Kota Bharu bagi mencari nira kelapa[148]. Nira kelapa yang diperolehinya dijual dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk air nira atau manisan[149]. Pada masa itu, nira kelapa memang terkenal di kalangan masyarakat kampung di Kelantan. Ekoran permintaan yang tinggi, Che Hassan dapat menyara kehidupannya daripada hasil jualan nira kelapa. Pekerjaan mencari nira kelapa ini diteruskannya hinggalah tubuhnya mengalami keuzuran disaat-saat akhir hayatnya.

Che Hassan juga telah mencari inisiatif lain bagi menambah pendapatannya. Selepas berkahwin dengan Saadiah, Che Hassan telah berpindah ke Bendang Nyior[150]. Di Bendang Nyior inilah dia telah menanam getah yang kemudiannya mendapat hasil melalui jualan susu getah. Menoreh getah merupakan pekerjaan kedua Che Hassan sepanjang hayatnya[151]. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, keluasan tanaman getah miliknya tidak sampai sehektar pun[152]. Oleh itu, pendapatan hasil jualan susu getah tidaklah seberapa, namun cukuplah bagi menampung pendapatan hasil jualan nira kelapa yang menjadi sumber pendapatan utamanya. Semasa usia tuanya, Che Hassan masih gagahkan kudratnya untuk bekerja sebagai pengahwin anak pokok getah (penghibrid anak pokok getah), lalu dijual kepada masyarakat sekitar yang ingin menanam pokok getah.

Pekerjaan utama Che Husin merupakan pekerjaan warisan ibunya, Muyah iaitu menanam padi[153]. Che Husin menanam padi seawal umurnya belasan tahun dengan mengikut ibunya[154]. Selepas berkahwin dengan Sarah, Che Husin telah mengusahakan tanaman padinya sendiri. Jika terdapat lebihan hasil padi, akan disimpannya di baluh (= kepuk= pondok kecil sebagai stor simpanan padi)[155]. Padi ini disimpan bagi menampung kebarangkalian berlakunya musim-musim luar jangka yang mengganggu iklim setempat sehingga menyebabkan proses penanaman padi tidak dapat dilangsungkan atau yang sewaktu dengannya[156]. Pada suatu ketika dahulu, kesemua padi yang ditanam di semenanjung ini adalah padi darat[157]. Di dalam keadaan terdapatnya tanah yang berlebihan dan kepadatan penduduk yang rendah, penanaman padi darat diusahakan dengan meluas. Negeri-negeri Melayu yang bergiat dengan aktiviti penanaman padi darat termasuklah Kelantan, Terengganu dan Pahang. [158] Pengeluaran padi darat dan basah pada dasarnya adalah untuk keperluan rumah. Di bawah keadaan sedemikian padi darat telah dapat menyokong kehendak asas kaum tani Melayu.[159]Kemudiannya padi basah menjadi komoditi utama yang dihasilkan. Disebabkan padi merupakan bahan mentah makanan ruji masyarakat kampung Kelantan khususnya, dan Asia Tenggara umumnya, maka kewaspadaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Kg. Kelar Tok Pukang ini ternyata bijak. Walau bagaimanapun, menjelang akhir 1980-an, trend ini telah berubah. Padi yang dituai terus dijual kepada Lembaga Padi dan Beras Negara (LTN) atau ejennya yang didaftarkan yang kemudiannya membayar harga mengikut berat timbangan kepada tuan empunya. Bagi penanaman secara cedungan[160] juga melihatkan pelbagai perubahan dalam penggunaan peralatan penuaian bermula secara ketaman (sistem lama)[161], mukul (sistem baru) dan penggunaan jentera penuai[162]. Penanaman padi nyata adalah pekerjaan utama ketika itu dan merupakan pekerjaan masyarakat setempat.

Pada usia mudanya, Che Husin sempat bekerja menyadat nyior. Menyadat nyior merupakan pekerjaan yang diperturunkan daripada bapanya, Che Hassan. Semasa perkahwinan pertamanya dengan Sarah berlangsung sekitar 1958, dia masih bekerja menyadat nyior[163]. Che Husin menyambung pekerjaan bapanya sebagai penyadat nyior yang ditinggalkannya di Pasir Sat[164]. Nira kelapa yang dibuat menjadi manisan dijual dengan harga RM 1 bagi 12 kerek[165]. Pokok kelapa yang akan diambil niranya di sewa daripada tuan punya pokok kelapa tersebut dengan pembayaran berbentuk manisan nira kelapa[166].

Che Husin juga seperti kebanyakan petani-petani yang lain di sekitar Kg. Kelar Benban dan Kg. Kelar Tok Pukang. Selepas musim menuai padi, Che Husin dan Zainab menanam tembakau sejak awal 1970-an.[167] Tanah dibajak dan dibuat batas-batas besar, mengerek, cedung anak dan kemudiannya menanam anak-anak tembakau di batas-batas. Selepas kira-kira tiga bulan kemudian, daun tembakau yang matang akan dikutip dan dikumpulkan. Daun tembakau yang sudah dikumpulkan akan dijual kepada gok (pengilang; rumah asap dan tempat pengelasan daun tembakau) di Semuba. Gok tembakau di Semuba, Pengkalan Rambutan dan Perbadanan Kerajaan Negeri Kelantan merupakan gok kepunyaan kerajaan di bawah pemantauan MTC[168] dan diambil oleh Lembaga Tembakau Tenaga (LTN) pada tahun 1973. Daun tembakau hijau dikelaskan kepada tiga berdasarkan mutunya; mutu paling rendah berharga 10 sen sekati, mutu sederhana berharga 20 sen sekati dan mutu paling tinggi berharga 30 sen sekati. Namun pengiraan timbangan dan nilai daun tembakau berubah kepada pengiraan kilogram sekitar 1980-an. Daun tembakau hijau dikelaskan kepada lima berdasarkan mutunya; mutu paling rendah berharga 15 sen sekilogram, mutu sederhana rendah berharga 30 sen sekilogram, mutu sederhana berharga 45 sen sekilogram, mutu sederhana tinggi berharga 60 sen sekilogram dan mutu paling tinggi berharga 80 sen sekilogram.[169]Hasil pendapatan daripada jualan daun tembakau digunakan oleh Che Husin bagi menampung perbelanjaan seharian keluarganya.

Che Husin bukan hanya menanam padi dan tembakau sahaja sebagai sumber pendapatannya. Di samping melakukan kedua-dua kerja tersebut Che Husin juga bekerja sebagai pengayuh beca (di Kelantan dipanggil penggatih teksi)[170]. Che Husin membeli beca roda tiga hasil wang simpanannya. Beca tersebut digunakan sebagai pengangkutan awam bagi masyarakat Kg. Kelar Benban, Kg. Kelar Tok Pukang dan Kg. Kelar Joha untuk pulang ke kampung dari bandar Pasir Mas. Walau bagaimanapun, pengangkutan beca tersebut hanya disediakan untuk mengangkut penumpang yang ingin pulang dari bandar Pasir Mas hingga jambatan Kg. Lemal sahaja. Selebihnya, masyarakat kampung perlu berjalan kaki. Bayaran yang dikenakan oleh Che Husin bagi perjalanan sehala dari bandar Pasir Mas adalah 15 sen[171]. Che Husin meneruskan kerjayanya sebagai penarik beca selama 25 tahun[172] hinggalah dia ditimpa kemalangan pada tahun 1977[173]. Kemalangan ngeri ini telah menyebabkan kerjayanya sebagai penarik beca terpaksa dihentikan kerana mengalami keuzuran fizikal.

Pekerjaan yang dominan dengan Sarah sebenarnya dipengaruhi dengan pekerjaan suaminya, Che Husin dan kemudiannya Ghazali. Setelah berkahwin dengan Che Husin pada tahun 1958, Sarah telah mengikut suaminya ke Tanah Merah dan tinggal di sana. Che Husin yang bekerja sebagai penyadat nyior telah berhijrah ke Tanah Merah untuk mencuba nasib mencari rezeki. Semasa menemani suaminya, Sarah telah tinggal di rumah peninggalan Che Hassan, bapa mertuanya. Selepas itu, Sarah telah bekerja menoreh getah di estet getah kepunyaan British di estet Kuala Kutan, Kuala Krai, Kelantan. Sarah mengikut suaminya, Che Husin ke estet tersebut dan tinggal menetap di berek yang disediakan oleh British secara percuma. Bagi menolong suaminya, Sarah yang ketika itu sedang mengandungkan Ramli, turut sama menoreh getah dengan upah RM 60 sebulan. Kemudiannya selepas melahirkan Ramli tahun 1960, Sarah telah kembali ke kampung halamannya. Dia tidak berdiam lama, berbekalkan tulang empat keratnya, Sarah telah menoreh getah milik Tok Resaad di Kg. Kelar Tok Pukang secara pawah (rakan niaga)[174].

Perkahwinan keduanya dengan Ghazali telah merancakkan lagi aktiviti yang berasaskan ekonomi oleh Sarah. Sarah mula menanam padi bersama Ghazali di atas tanah pusaka kedua ibu bapa mereka. Profesion sebagai penanam padi ketika itu merupakan profesion hampir keseluruhan masyarakat kampung sekitar Kg. Kelar Tok Pukang. Sarah dan suaminya, Ghazali yang dibesarkan dalam suasana tersebut telah mula membanting tulang bagi mengusahakannya. Penanaman padi secara tradisional ini berterusan hingga awal tahun 1980-an. Sekitar tahun 1985, Sarah dan Ghazali telah mengikuti kursus penanaman padi oleh pihak MARDI meliputi kualiti biji benih padi, cara penanaman yang lebih mudah dan singkat tempoh kematangannya, langkah penjagaan tanaman padi, kaedah penuaian yang lebih efektif serta berakhir kepada penjualan hasil padi[175].

Pada tahun 1986, Sarah telah melibatkan diri dalam penanaman sayur-sayuran. MARDI dan Jabatan Pertanian telah menjadikan masyarakat Kg. Kelar Tok Pukang sebagai perintis kepada projek penanaman sayur-sayuran. Projek tanaman sayuran yang pertama diceburi oleh Sarah adalah penanaman kubis. Ekoran mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat kampung, kerjasama antara agensi kerajaan ini diperluaskan. MARDI dan Jabatan Pertanian meneruskan komitmen mereka membantu masyarakat Kg. Kelar Tok Pukang, Jabatan Parit Air dan Saliran (kemudiannya dikenali Jabatan Perparitan dan Saliran) dan FAMA[176] turut memberikan ikrar kerjasama mereka. Kerjasama antara agensi-agensi terbabit dengan petani di kampung ini dinamakan Persatuan Sayur Berkelompok Kelar Tok Pukang[177]. Petani-petani menyumbangkan tapak tanaman serta tenaga buruh dalam mengusahakan tanaman sayur-sayuran tersebut. Manakala agensi-agensi kerajaan terbabit bertindak memberi bantuan khidmat nasihat meliputi penentuan kualiti biji benih, kaedah pengairan, penggunaan jentera-jentera pertanian serta penjagaan tanaman. Agensi tersebut juga bertindak memberikan bantuan subsidi pertanian seperti baja. FAMA merupakan agensi yang bertindak khusus kepada pemasaran hasil sayur-sayuran yang telah diperolehi. Sarah bukan hanya bergiat dalam penanaman kubis sahaja, tetapi turut menanam pelbagai jenis tananam lain yang berasaskan sayur-sayuran; cili putih, cili merah (di Kelantan dikenali dengan lada solok dan lada merah), tomato, kubis bunga, kacang panjang dan timun batang. Sarah turut menanam timun China (tembikai merah) dan ubi kayu sebagai tanaman sampingan. Lebih kurang 30 buah keluarga di Kg. Kelar Tok Pukang telah melibatkan diri dalam Persatuan Sayur Berkelompok Kelar Tok Pukang. Kerancakkan penanaman sayuran berkelompok ini mencapai kemuncaknya sekitar tahun 1997. Tahun-tahun kemudiannya menyaksikan kemerosotan hinggalah berakhir pada awal 2003[178]. Walaupun Persatuan Sayur Berkelompok Kelar Tok Pukang sudah menemui ajalnya (dibubarkan), namun Sarah dan Ghazali terus mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara persendirian. Sayur-sayuran hanya ditanam secara kecil-kecilan dan dijual terus kepada pemborong di bandar Pasir Mas. Pada hari ini (Mei 2008) Sarah masih mengusahakan penanaman cili putih, cili merah dan ubi kayu[179].


Zaman Transisi
Zaman transisi merujuk secara khusus kepada lapis kedua keluarga Che Hassan iaitu Ramli b. Che Husin. Ramli secara langsung dan tidak langsung sudah mula keluar daripada jemis kegiatan ekonomi yang diamalkan oleh ibu bapa dan datuk neneknya. Datuk dan ayah Ramli mencari rezeki dengan membanting tulang empat kerat semaksimum mungkin disebabkan ketiadaan pendidikan yang jelas. Che Hassan dan Che Husin kedua-duanya buta huruf. Namun Ramli telah mulai berubah. Pekerjaannya masih dibanyangi penggunaan tenaga namun tidaklah semaksimum bapanya. Ramli telah menggunakan pendidikannya sebagai nilai tambah untuk mencari pekerjaan.

Alam pekerjaan Ramli sudah bermula seawal umurnya 17 tahun. Sambil menunggu keputusan peperiksaan SPM, Ramli telah bekerja secara sambilan sebagai pemandu van mengangkut buah-buahan di Selatan Thailand. Kerjanya adalah sebagai pemandu van menggangkut buah yang menggambil dan menghantar buah-buahan antara Yala, Narathiwat, Songkla dan Pattani. Buah-buahan yang dibawa antaranya buah durian, duku, langsat, manggis, limau dan bermacam-macam buah-buahan tempatan yang lain. Upah memandu van tersebut dibayar sebulan sekali sebanyak 3000-5000 Baht. Pekerjaannya ini terhenti apabila menyambung pelajaran di tingkatan enam. Sambil menunggu keputusan peperiksaan STP pada tahun 1979, dia telah menyambung kembali kerja sambilannya sebagai pemandu van menggangkut buah-buahan di Selatan Thailand dan terhenti disebabkan berlakunya keadaan luar jangka di sana.[180] Selepas tragedi tersebut, Ramli telah berhenti kerja sebagai pemandu van mengangkut buah di Selatan Thailand.[181] Menjelang awal 1980, bermulalah fasa baharu dalam pekerjaan Ramli. Kegiatan ekonomi berasaskan pembinaan yang sedang bercambah di Kota Singa, Singapura telah menarik minat Ramli untuk mencuba nasib mencari rezeki. Tempoh tiga tahun berkelana di Singapura sebagai buruh binaan dengan upah $S 21 sehari telah mengajar erti kesusahan mencari rezeki[182].

Penghujung tahun 1983, Ramli telah kembali ke kampung halamannya dan memohon menjadi agen jualan insurans kenderaan bermotor. Ramli telah bekerja sebagai agen jualan insurans dari tahun 1984 hingga 1996.[183] Dalam tempoh 12 tahun, Ramli telah bekerja di bawah tiga syarikat insurans yang berbeza iaitu MCIS yang berpejabat di tingkat 4, bangunan MARA Kota Bharu, Arab Malaysia yang berpejabat di tingkat 1, bangunan Bonanza Wakaf Siku dan AIA (American International Assurance) yang berpejabat di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.[184] Anggaran perolehan sebulan hasil bekerja sebagai agen insurans adalah RM 500.

Penghujung tahun 1996 merupakan tahun perubahan kepada pekerjaan Ramli. Pada tahun tersebut dia telah memulakan perniagaan baik pulih peralatan elektrik dan elektronik. Kerja sebagai mekanik elektrik dan elektronik ini berlangsung selama lebih kurang 11 tahun berakhir 2007. Bengkel membaiki alatan elektrik dan elektronik yang rosak seperti televisyen, radio dan komputer bertempat di Kg. Kangkong berhadapan jalan utama Tanah Merah-Pasir Mas. Anggaran perolehan hasil pekerjaan sebagai mekanik elektrik dan elektronik ini adalah sekitar RM 700 sebulan. Ekoran permintaan terhadap pembaikpulihan peralatan elektrik dan elektronik yang semakin berkurang, ditambah pula serangan jantung awal 2007 menamatkan karier Ramli sebagai mekanik elektrik dan elektronik sepenuh masa.[185] Selepas menjalani tempoh rawatan pemulihan akibat serangan jantung selama lebih kurang tujuh bulan, kesihatan Ramli semakin baik. Pada Januari 2008, bermulalah siri keempat pekerjaan tetap Ramli iaitu perniagaan jual beli kereta terpakai.[186] Pada ketika ini (Jun 2008) sekurang-kurangnya sudah melebihi 60 buah kereta pelbagai model termasuklah Datsun, Mazda dan Toyota berjaya dijual dengan anggaran pendapatan RM 1000 sebulan[187]. Pekerjaan Ramli memerlukan kemahiran, namun pada masa yang sama memerlukan kelulusan pendidikan.

Nor Aizan, seawal usianya 14 tahun, semasa menuntut di tingkatan dua SMK Kangkong, sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pekerjaan. Permulaan pekerjaannya adalah dengan mengambil upah mengikat daun tembakau di gok (tempat pengilang tembakau)[188]. Sekitar 1970-an, Nor Aizan mula bergiat cergas dalam penanaman tembakau. Pada tahun 1982, tanah di Seberang Kelar dijadikan tapak penanaman tembakau. Namun, disebabkan kedudukan tanahnya yang agak rendah berbanding alur (kelar) membuatkannya mudah digenangi air banjir apabila berlakunya hujan lebat secara berterusan. Hal ini menyebabkan tapak penanaman tembakau terpaksa di pindahkan ke tanah lapang Kg. Kelar Tok Pukang sekitar tahun 1985. Nor Aizan meneruskan penanaman tembakau di tapak tersebut dan berakhir sekitar 2002[189]. Seperti kebanyakan masyarakat kampung yang lain, Nor Aizan turut menanam padi. Penanaman padi yang menjadi bahan mentah utama makanan seharian telah menjadi darah daging masyarakat kampung di sini (Kg. Kelar Tok Pukang). Nor Aizan mula berkecimpung dalam kegiatan penanaman padi sekitar 1970-an. Tahun 2002 merupakan tahun terakhir penglibatannya sebagai penanam padi. Tahun 2003 menyaksikan anjakan paradigma dalam karier Nor Aizan. Pada tahun tersebut, dia telah diterima bekerja sebagai pekerja rendah am (PRA) di SMKTPR dengan menerima gaji tetap sebanyak RM 400++. Pekerjaannya masih berlangsung hingga ke hari ini (2008)[190].


Keluar Daripada Kepompong

Mengapa keluar daripada kepompong? Pernyataan ini dikhususkan kepada lapis pertama keluarga Che Hassan. Lapis pertama yang lahir sekitar 1980-an telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam kegiatan ekonomi keluarga. Secara jelas, pendidikan telah menjadi pemangkin utama kepada pemilihan pekerjaan. Ahmad Faisal merupakan satu-satunya adik-beradik pengkaji yang sudah memasuki alam pekerjaan.[191] Ahmad Faisal mencurahkan khidmat baktinya sebagai seorang guru sudah hampir tujuh tahun. Ahmad Faisal pada hari ini (2008) bertugas mengajar matapelajaran Matematik dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka.[192]Ahmad Faisal menjadi guru berdasarkan pendidikannya hingga peringkat Diploma Pendidikan. Prospek pekerjaan Muhammad Danial b. Ramli juga adalah sebagai guru. Muhammad Danial sedang mengikuti pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah. 2009 akan menyaksikan Muhammad Danial juga akan terjun dalam arena perguruan.

Manakala dua orang adik perempuan pengkaji mula mencaturkan diri sebagai agen kesihatan (Jururawat dan Jururawat Masyarakat) sedikit masa lagi. Sekarang Nur Liyana mengikuti kursus Jururawat Masyarakat di Kolej Kejururawatan Batu Pahat. Nr Emawati juga telah memohon dan diterima melanjutkan dalam bidang diploma kejururawatan di Kolej Kejururawatan Johor Bharu. Kursus tersebut memakan masa selama tiga tahun (2008-2010).[193] Kursus yang mereka sedang hadapi merupakan prospek pekerjaan masa hadapan mereka. Nyata, pendidikan menjadi teras kepada pemilihan kerjaya bagi lapis pertama keluarga Che Hassan.


Kesimpulan

Kegiatan ekonomi keluarga Che Hassan adalah seperti kebanyakan orang lain di kampung tersebut (Kg. Kelar Tok Pukang dan Kg. Kelar Benban) bagi lapis keempat dan ketiga. Mereka bekerja membanting tulang mencari rezeki. Namun, lapis kedua mula menunjukkan perubahan pola berbanding ibu bapa dan masyarakat semasa. Lapis kedua sudah mengalami transisi antara kegiatan ekonomi pewarisan dengan kegiatan ekonomi moden berasaskan taraf pendidikan. Ramli sudah mula pandai mencongak masa depan pekerjaannya. Pendidikan peringkat sekundernya menjadi nilai tambah. Manakala lapis pertama keluarga telah menunjukkan perubahan yang ketara berbanding lapi-lapis sebelumnya. Pemilihan kerjaya lapis yang lahir sekitar 1980-an ini nyata telah didorong oleh tarikan material di samping tingginya tahap pendidikan yang dicapai. Lapis pertama menyaksikan perubahan secara nyata berbanding lapis-lapis atas. Prospek pekerjaan adalah yang melibatkan kelayakan akademik yang dicapai. Nyata, tangga gaji, jumlah cuti, kesukaran kerja diambil kira. Pada akhirnya, tumpuan utama lebih kepada perolehan material daripada sumbangan kerja.































BAB 5

KESIMPULAN


Perkahwinan Taib dengan Halijah sekitar 1910 merupakan titik mula pengkajian sejarah keluarga ini. Kelahiran Che Hassan pada tahun 1912, menjadi sumber ilham kepada pengkaji bagi menghasilkan suatu karya agung. Pengkaji merasakan sorotan kepada keluarga sendiri adalah suatu karya agung kerana memuatkan perjalanan manusia secara langsung. Perjalanan manusia ini bukan hanya sembarangan manusia, bukan hanya tangkap muat, tetapi manusia ini merupakan tokoh-tokoh dalam keluarga Che Hassan yang juga moyang pengkaji. Maka ia juga sejarah keluarga pengkaji sendiri. Perjalanan anggota keluarga pengkaji adalah berdasarkan peristiwa yang benar-benar berlaku berdasarkan penceritaan orang tua-tua dan disilangbuktikan dengan dokumen-dokumen bertulis.


Latar belakang tokoh-tokoh utama bagi setiap lapis (lapis keempat, ketiga, kedua dan pertama) dalam keluarga Che Hassan telah dikupas. Secara sepintas lalu, pembaca akan mengenali tokoh-tokoh dalam keluarga Che Hassan sepanjang 96 tahun bermula kelahiran Che Hassan b. Taib (1912) hingga ke hari ini (2008). Che Hassan b. Taib telah dikurniakan zuriat yang berterusan bagi meneruskan legasi keluarga. Che Husin b. Che Hassan telah meneruskan legasi bapanya. Begitu juga dengan Sarah bt. Mahmod yang bergerak selari dengan perkembangan masyarakat sekampungnya. Namun, yang penting, jika keturunannya mampu menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, maka barulah boleh dikenang akan keluarganya. Keluarga Che Hassan masih mampu untuk terus menerus berkembang dari segi kuantiti dan kualitinya. Kuantiti merujuk kepada pertambahan ahli baharu dalam keluarga. Kualiti pula merujuk kepada perubahan taraf hidup keturunannya yang semakin hari semakin baik.

Keluarga Che Hassan tidak akan mampu untuk bergerak selari ataupun menongkah arus tanpa pendidikan. Pendidikan merupakan keperluan kepada semua manusia. Begitu juga dengan keluarga Che Hassan. Pada awalnya, sistem pendidikan tradisional menjadi satu-satunya sistem pendidikan yang diamalkan. Sistem pendidikan tradisional merupakan sistem pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan ini merupakan sistem pendidikan utama bagi keluarga Che Hassan terutamanya bagi lapis-lapis yang ke atas. Walaupun sudah melangkah abad ke-21, sistem pendidikan tidak formal ini masih berlansung dalam keluarga Che Hassan. Bukan hanya dalam keluarga ini, malah masyarakat sekitar Kg. Kelar Tok Pukang, malah Pasir Mas keseluruhannya masih mengamalkannya. Sistem pendidikan tradisional ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan membaca Al-Quran dan pendidikan pondok. Pada awalnya sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata-mata kepada pelajaran kitab suci Al-Quran. Namun, pada masa yang sama pendidikan pondok juga merupakan sistem pendidikan bercorak tradisional yang diamalkan. Kemudiannya, lewat 1960-an, situasi ini mula berubah. Sistem pendidikan moden telah disanjung tinggi hinggakan sistem pendidikan tradisional mula dipingirkan. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam perjalanan keluarga Che Hassan. Walau bagaimanapun, pendidikan nyata telah membentuk keluarga Che Hassan pada hari ini. Melalui pendidikan, fenomena buta huruf bagi lapis keempat dan ketiga keluarga telah dapat dihapuskan. Hal ini dapat dibuktikan dengan lapis kedua dan pertama keluarga semuanya sudak celik huruf. Mereka telah mendapat pendidikan formal di sekolah-sekolah kebangsaan. Nyata, sistem pendidikan moden telah menyumbang modal secara langsung. Zaman Ramli dan Nor Aizan, masyarakat mulai sedar tentang pentingnya pendidikan. Namun, anak-anak yang membesar lewat 1980-an dan awal 1990-an mula menunjukkan perubahan yang ketara kepada pemilihan sistem pendidikan. Lapis pertama keluarga Che Hassan nampaknya menjadikan sistem pendidikan moden sebagai suatu kewajipan. Pendidikan yang sempurna akan membuka ruang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Di Kelantan, “makan gaji” merupakan suatu pekerjaan yang baik kerana penduduk Kelantan lebih cenderung untuk terlibat dalam kegiatan pertanian. Peluang pendidikan yang lebih luas dan tinggi ini akan membantu mempercepatkan mobiliti sosial di kalangan masyarakat dan juga mendapat sokongan kewangan yang lebih baik.

Kegiatan ekonomi adalah suatu keperluan bagi setiap manusia. Bagi meneruskan kesinambungan hidup, keperluan material tidak boleh disangkal kepentingannya. Oleh itu, keluarga Che Hassan sentiasa bergerak cergas dalam kegiatan ekonomi. Walaupun hanya berbentuk sara diri (bukan untuk dagangan), namun, ia juga merupakan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi keluarga Che Hassan adalah seperti kebanyakan orang lain di kampung tersebut (Kg. Kelar Tok Pukang dan Kg. Kelar Benban) bagi lapis keempat dan ketiga. Mereka bekerja membanting tulang mencari rezeki. Pekerjaan-pekerjaan yang menjadi darah daging bagi lapis keempat dan ketiga pengkaji adalah petani. Padi merupakan produk pertanian yang paling mendapat tempat dalam keluarga. Di samping melibatkan diri dalam penanaman padi, mereka juga menanam tembakau dan getah. Di samping itu, lapis keemapt dan ketiga turut berkecimpung dalam pekerjaan mencari nira kelapa. Namun, lapis kedua mula menunjukkan perubahan pola berbanding ibu bapa dan masyarakat semasa. Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor telah menunjukkan transisi antara kegiatan ekonomi pewarisan dengan kegiatan ekonomi moden berasaskan taraf pendidikan. Ramli b. Che Husin telah mula untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang masih berasaskan penggunaan tenaga. Namun, pada masa yang sama telah menggunakan nilai tambah daripada kelulusan pendidikan. Pekerjaan ini termasuklah sebagai agen insurans, mekanik elektronik dan peniaga kereta terpakai. Bagi pekerjaan-pekerjaan ini, bukan hanya tenaga yang diperlukan, tetapi juga kemahiran pengiraan, bahasa dan komunikasi. Asasnya, kelulusan pendidikan adalah mempunyai tempat yang agak penting. Manakala lapis pertama keluarga telah menunjukkan perubahan yang ketara berbanding lapi-lapis sebelumnya. Pemilihan kerjaya lapis yang lahir sekitar 1980-an ini nyata telah didorong oleh tarikan material di samping tingginya tahap pendidikan yang dicapai. Ahmad Faisal b. Ramli mewakili lapis pertama yang keluar daripada kepompong ekonomi pewarisan. Ahmad Faisal sudah hampir tujuh tahun berkerja sebagai guru. Muhammad Danial pula sudah hampir menghabiskan pengajian (tamat 2009) untuk menjadi guru. Begitu juga dengan Nur Liyana dan Nr Emawati yang dalam proses menghabiskan pengajian dalam bidang kejururawatan (Nur Liyana tamat pengajian pada tahun 2009 dan Nr Emawati tahun 2010). Jelas dapat diperhatikan berlakunya perubahan dalam pengamalan ekonomi dalam keluarga Che Hassan sepanjang 96 tahun tempoh kajian.

Sorotan sepanjang 96 tahun keluarga Che Hassan hanya sempat dibuat secara sepintas lalu meliputi latar belakang, jenis dan taraf pendidikan serta kegiatan ekonomi semasa. Keluarga Che Hassan adalah keluarga yang lahir dan membesar dalam persekitaran sub-urban Kelantan serta dipengaruhi dan mempengaruhi persekitarannya. 96 tahun sorotan ini akan secara jelas mempamerkan sejarah keluarga Che Hassan sebagai sebahagian daripada perkembangan sejarah Kelantan, juga Malaysia amnya.









BIBLIOGRAFI


Sumber Primer



Fail

Chief social problems of Kelantan, BMA/CO No. Fail K1145/1946.

Danger of Padi Disease, BMA/CO No. Fail 127/1946.

Death Padi Dealings Ordinance and Milling contracts, BMA/CO No. Fail K1141/1946.

Kelantan State Secretary No. Fail SUK 1130/A/50 Admission-Special Malay Classes, 1951.




Annual Report

Kelantan Annual Report, 1922.

Kelantan Annual Report, 1934.

Kelantan Annual Report, 1939.

Kelantan Annual Report, 1944.

Kelantan Annual Report, 1949.



Kad Pengenalan

Zainab binti Taib : 211211-03-5028*

Halijah binti Yusof : 301211-03-5078*

Ghazali bin Deraman : 430706-03-5011*

Sarah binti Mahmod : 420814-03-5052*

Ramli bin Che Husin : 600406-03-5289

Nor Aizan binti Mohd Nor : 650606-03-5166

Samsiah binti Semail : 670201-03-6708

Ahmad Faisal bin Ramli : 811205-03-5223

Norma binti Yakob : 810927-03-5044

Muhammad Danial bin Ramli: 840503-03-5187

Nur Liyana binti Ramli : 850612-03-5118

Nr Emawati binti Ramli : 860610-29-5134

Atmaliza binti Ramli : 870926-03-5442

Albukhari bin Ramli : 890823-03-5763

Attarmizi bin Ramli : 910416-03-6449

Arbidayu binti Ramli : 920327-03-5814

Martini binti Ramli : 940318-03-5722

Abi Ikram bin Ramli : 940825-03-5997




Sijil Kelahiran

Ramli bin Che Husin : AN 673685

Nor Aizan binti Mohd Nor : NO 727472

Ermi Evaivana bin Ramli : G 147014

Atmaliza binti Ramli : H 406704

Albukhari bin Ramli : I 124801

Attarmizi bin Ramli : I 798518

Martini binti Ramli : K 105966

Abi Ikram bin Ramli : K 257832

Nor Damira binti Ramli : K 996957

Sona Anida binti Ramli : L 042899

Arrahman bin Ramli : AM 53016

Ramila binti Ramli : AN 51104

Amirudin bin Ramli : AZ 38376



Sijil Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia Ramli bin Che Husin

Sijil Pelajaran Malaysia Muhammad Danial bin Ramli, 2001.

Sijil Ujian Penilaian Sekolah Rendah Muhammad Danial bin Ramli, 1996.

Sijil Penilaian Menengah Rendah Muhammad Danial bin Ramli, 1999.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Muhammad Danial bin Ramli, 2004.



Dokumen-dokumen Lain

Buku Prestasi Murid SMK Kangkong Muhammad Danial bin Ramli.

Pasport Ramli bin Che Husin.

Pelaporan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) SK Kelar Muhammad Danial bin Ramli.

Permit Penguburan Zainab binti Taib, D191275/JPN.P.MAS/27.6.2007.

Resit baucar bayaran kepada Ramli b. Che Husin daripada Hamid b. Haji Awang bertarikh 10.5.2008.

Sijil Kematian Zainab binti Taib, D 191275.

Slip Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Muhammad Danial bin Ramli, 2003.

Surat pengesahan Ramli bin Che Husin menghidapi post antrroseptal MI, WAD CRW bertarikh 8 .2.2007.

Surat tawaran kemasukan Diploma Sains komputer UiTM, Bil. 2002291814001.

Surat tawaran kemasukan kursus ijazah pertama sesi 2005/2006, UPSI/PEND/AKAD1/241.


Batu Bersurat

Batu bersurat di Pondok Lubuk Tapah yang dikeluarkan oleh Pusat Pelancongan Malaysia pada tahun 2005.



Responden


Nama : Draman bin Yusof
Umur : 82 tahun (1926)
Pekerjaan : Tidak bekerja
Tarikh temubual : 30.5.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Abang Halijah bt. Yusof. Bapa saudara Nor Aizan bt. Mohd Nor. Datuk saudara Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Halijah binti Yusof
Umur : 78 tahun (11 Disember 1930)
Pekerjaan : Tidak bekerja
Tarikh temubual : 23.5.2008 dan 1.6.2008
Alamat Sekarang : Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Jiran sekampung Sarah bt. Mahmod. Ibu Nor Aizan bt. Mohd Nor. Nenek kepada Muhammad Danial b. Ramli. Mengenali tokoh-tokoh kajian sejak kecil.

Nama : Mek Som binti Su
Umur : 73 tahun (1935)
Pekerjaan : Tidak bekerja
Tarikh temubual : 3.6.2008
Alamat Sekarang : Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Jiran sekampung dengan Sarah bt. Mahmod, Ghazali b. Deraman, Ramli b. Che Husin, Nor Aizan bt. Mohd Nor dan Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Che Husin bin Che Hassan
Umur : 70 tahun (30 September 1938)
Pekerjaan : Tidak bekerja
Tarikh temubual : 3.6.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Benban, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Anak Che Hassan b. Taib. Suami hasil perkahwinan pertama Sarah bt. Mahmud. Bapa kepada Ramli b. Che Husin. Datuk kepada Muhammad Danial b. Ramli. Selepas bercerai dengan Sarah Bt. Mahmod, berkahwin dengan Zainab bt. Abdullah.

Nama : Ghazali bin Deraman
Umur : 66 tahun (6 Julai 1943)*
Pekerjaan : Petani
Tarikh temubual : 30.5.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Suami Sarah bt. Mahmod hasil perkahwinan kedua Sarah. Mendapat lima orang anak hasil perkahwinannya dengan Sarah. Merupakan bapa tiri kepada Ramli b. Che Husin dan datuk saudara tiri kepada Muhammad Danial b. Ramli.


Nama : Sarah binti Mahmod
Umur : 63 tahun (14 Ogos 1942)*
Pekerjaan : Petani
Tarikh temubual : 30.5.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Isteri Che Husin b. Che Hassan. Ibu Ramli b. Che Husin. Setelah bercerai dengan Che Husin, Sarah berkahwin dengan Ghazali b. Deraman pada tahun 1962. Memperolehi lima orang anak hasil perkahwinannya dengan Ghazali.

Nama : Zainab binti Abdullah
Umur : 59 tahun (9 Jun 1948)
Pekerjaan : Petani
Tarikh temubual : 26.5.2008 dan 3.6.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Benban, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Isteri Che Husin b. Che Hassan hasil perkahwinan keduanya.Mempunyai lima orang anak hasil perkahwinannya dengan Che Husin.

Nama :Ramli bin Che Husin
Umur : 48 tahun (6 April 1960)
Pekerjaan :Peniaga kereta terpakai
Tarikh temubual : 22.5.2008, 28.5.2008 dan 3.6.2008
Alamat sekarang : Lot 1567, Kampung Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan
Latar belakang : Anak sulung Che Husin b. Che Hassan dengan Sarah bt. Mahmod. Cucu kepada Che Hassan b. Taib. Bapa kepada Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Nor Aizan binti Mohd Nor
Umur : 43 tahun (6 Jun 1965)
Pekerjaan : Pekerja Rendah Am di SMK. Tg. Panglima Raja.
Tarikh temubual : 24.5.2008 dan 28.5.2008
Alamat Sekarang : Lot 1567, Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Isteri pertama Ramli b. Che Husin. Ibu Muhammad Danial b. Ramli. Melahirkan sembilan orang anak, tetapi dua daripadanya meninggal semasa dilahirkan.

Nama : Mohd Zawawi bin Che Husin
Umur : 38 tahun (1974)
Pekerjaan : Penolong khadi Jajahan Tanah Merah
Tarikh temubual : 3.6.2008
Alamat sekarang : Kg. Kelar Benban, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Anak kepada Che Husin b. Che Hassan hasil perkahwinan keduanya dengan Zainab bt. Abdullah. Adik sebapa Ramli b. Che Husin.

Nama : Ahmad Faisal bin Ramli
Umur : 27 tahun (5 Disember 1981)
Pekerjaan : Guru
Tarikh temubual : 31.5.2008
Alamat sekarang : No. 11, Jalan 14, Taman Paya Emas, 76450, Melaka.
Latar belakang : Cicit Che Hassan b. Taib. Cucu Che Husin b. Che Hassan. Anak Ramli b. Che Husin hasil perkahwinan dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Abang kepada Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Nr Emawati bt. Ramli
Umur : 22 tahun (12 Jun 1986)
Pekerjaan : Pelajar (Diploma Kejururawatan)
Tarikh temubual : 31.5.2008
Alamat sekarang : Lot 1567, Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Cicit Che Hassan b. Taib. Cucu Che Husin b. Che Hassan. Anak Ramli b. Che Husin hasil perkahwinan dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Adik kepada Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Atmaliza binti Ramli
Umur : 21 tahun (26 September 1987)
Pekerjaan : Pelajar
Tarikh temubual : 31.5.2008
Alamat sekarang : Lot 1567, Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Cicit Che Hassan b. Taib. Cucu Che Husin b. Che Hassan. Anak Ramli b. Che Husin hasil perkahwinan dengan Samsiah bt. Semail. Adik kepada Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Attarmizi bin Ramli
Umur : 17 tahun (16 April 1991)
Pekerjaan : Pelajar (Tingkatan 5)
Tarikh temubual : 31.5.2008
Alamat sekarang : Lot 1567, Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Cicit Che Hassan b. Taib. Cucu Che Husin b. Che Hassan. Anak Ramli b. Che Husin hasil perkahwinan dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Adik kepada Muhammad Danial b. Ramli.

Nama : Martini binti Ramli
Umur : 14 tahun (18 Mac 1994)
Pekerjaan : Pelajar (Tingkatan 2)
Tarikh temubual : 31.5.2008
Alamat sekarang : Lot 1567, Kg. Kelar Tok Pukang, 17040 Pasir Mas, Kelantan.
Latar belakang : Cicit Che Hassan b. Taib. Cucu Che Husin b. Che Hassan. Anak Ramli b. Che Husin hasil perkahwinan dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor. Adik kepada Muhammad Danial b. Ramli.


Petunjuk
* : Tarikh lahir sebenar berbeza dengan tarikh yang tertulis. Tarikh anggaran.



Sumber Sekunder


Artikel/Kertas Kerja

Nik Anuar Nik Mahmud, Prof. Dr., “Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah: Kelantan Menghadapi Gelombang Imperialisme Baru”. Kertas kerja, 27 Jun 2004.

Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, Dato’, “Peperangan Dunia Kedua di Kelantan”. Kertas kerja untuk Perayaan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Yang ke-53, Kota Bharu, 14 Mac 2002.



Jurnal

Chan Su-Ming, “Kelantan and Trengganu, 1909-1939”, JMBRAS, Vol. 38 Part 1, hal. 159-198.

Hill, A.H., M.A., B.Sc., “Kelantan Padi Planting”, JMBRAS, Vol. 24/1951, hal. 56-76.

Hill, A.H., M.A., B.Sc., “Some Kelantan Games and Entertainments”, JMBRAS, Vol. 25/1952, hal. 20-34.

“Jepun Mendarat di Kota Bharu”, Kelantan. Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid IV/1986

Laderman, C., “Main Peteri: Synopses of Three Shamanistic Performances”, JMBRAS, Vol. 60 Part 2, hal. 55-69.

“Pelancaran FAMA”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid III/1983, hal. 321-324.

“Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Tamat”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid VII/1994,

“Perisytiharan Penubuhan Malaysia”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid III/1983.

Rentse, A., “History of Kelantan”, JMBRAS, Vol. 12 (XII) Part II/1934, hal. 44-62.

Rentse, A., “The Origin of the Wayang Theatre (Shadow Play)”, JMBRAS, Vol. 20 Part 1/1947, hal. 1-12.

Sweener, A, “The Shadow Play of Kelantan: Report on a Period of Field Research”, JMBRAS, Vol. 43 Part 2/1970, hal. 53-80.

Wilkinson, R.J., “Malay Customs and Beliefs”, JMBRAS, Vol. 30 Part 4/1957, 1-80.

Winzeler, R.L., “ Traditional Islamic Schools in Kelantan”, JMBRAS, Vol. 48 Part 1/1975, hal. 91-101.

Winstedt, R., “Peotry: Rhythemical Verse; the Sha’ir, the Pantun”, JMBRAS, Vol. 31 Part 3/1958, hal. 145-169.



Majalah Sekolah

Majalah PANGLIMA Edisi 27/2001. SMK Tengku Panglima Raja.

Majalah PANGLIMA Edisi 30/2004. SMK Tengku Panglima Raja.

Majalah PANGLIMA Edisi 32/2007. SMK Tengku Panglima Raja.

Majalah TERAJU Edisi Sulung/2000. SMK Kangkong.




Tesis/Latihan Ilmiah

Hassan Mahmod, “Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Di Negeri Kelantan: 1904-1957”. Tesis Sarjana Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1971.



Surat Khabar

M Faqih. Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah Lahirkan Ribuan Ulama. Siasah, 23-29 Mac 2008.

Mohd Sayuti Omar. Belasungkawa Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah (1933-2008): Tok Guru Berbudi Tinggi dan Merendah Diri Sudah Tiada. Siasah, 23-29 Mac 2008.




Buku


Abdul Halim Ahmad, 1985. Pendidikan Islam di Kelantan, (m.s 39-62). Dalam Khoo Kay Kim. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.

Abdullah Bin Abdul Rahman, 1973. Perkembangan Sekolah-Sekolah di Kelantan Antara Tahun 1904 – 1941: Dengan Perhatian Khusus Terhadap Sekolah Vernakular. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

‘Abdullah Al-Qari Hj. Salleh, 2002. Detik-detik Sejarah Hidup Tuk Kenali. Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers.

Abdullah Sani Yahaya, 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Andaya, B.W., dan Andaya, Y.L., 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya, McMillan Publishers (M) Sdn Bhd.

Anwar Abdullah, 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Had Salleh, 1974. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Shaari, Dr., 1988. Perkembangan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ishak Shaari, Dr., 1991. Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu Kelantan Pada Abad ke-19, (m.s 18-55). Dalam Jawatankuasa Kolokium Jabatan Sejarah UKM. Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fatimah Daud, 1985. Perbandingan Stratifikasi Sosial Kerabat Nik, Wan dan Che di Kelantan, (m.s 229-244). Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Hashim Awang A.R. dan Zaleha Abu Hassan, 1985. Main Peteri: Suatu Teknik Etnopsikoterapi Masyarakat Melayu Kelantan, (m.s 293-306). Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Hasnah Muhammad Ali, Nurzan Mohd. Wahie dan Rashila Ramli, 2001. Warisan Puteri Melayu dari MGC ke TKC 1947-1997. Malaysia, Old Girl’s Assosiation (MGC/TKC).

Jamal Mohd Lokman Sulaiman, 1999. Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama’ serta Ahli Politik Malaysia di Abad ke-20. Subang Jaya, SULFA Human Resources & Development.

Manderson, L., 1981. Wanita, Politik dan Perubahan: Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaysia 1945-1972 (Samsudin Jaapar, Terjemah). Shah Alam, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohammed Halib dan Abdullah Azmi Abdul Khalid, 1997. Oryza Sativa dan Melayu: Sejarah, Fakta dan Penimbangan Semula, (m.s 1-21). Dalam Norazit Selat. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mohd Fauzi Haji Yaacob, 1985. Pemesatan dan Motivasi Tradisi Perdagangan dan Perusahaan Melayu Kelantan, (m.s 174-191). Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Munsyi Abdullah, 1960. Kisah Pelayaran Abdullah (Diedit oleh Kassim Ahmad). Kuala Lumpur, Fajar Bakti.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd-Dain, 1985. Konsep Melayu, Agama, Budaya dan Bahasa. Petaling Jaya, Agensi Penerbitan Nusantara.

Rosnah Baharudin dan Noraziah Ali, 2000. Status dan Citra Wanita dalam Novel Melayu Sebelum Merdeka. Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stevenson, R., 1975. Cultivators and Administrators: British Educational Policy Towards the Malay, 1875-1906. Kuala Lumpur.

Wan Abdul Kadir Yusoff, 1997. Kedudukan Nilai-Nilai Ekonomi Orang Melayu. Dalam Norazit Selat. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Wan Ibrahim Wan Daud, 1988. Kemiskinan di Kalangan Petani di Semenanjun Malaysia, (m.s 128-149). Dalam Chamsuri Siwar dan Haflah Piei (Ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

William R. Roff, 1974. Kelantan: Religion, Society and Politics In A Malay State. New York: Oxford University Press.























LAMPIRAN

Lampiran 1

Che Hassan Taib
kahwin


Muyah Hassan


Che Husin Jaafar


kahwin


Sarah Mahmod

Zainab Abdullah Minah
Ramli

kahwin
kahwin Hamzah Azizah
Ghazali Deraman
Aziz
Nor Aizan Mohd Nor Noraini
Norehan
Norzainah
Normin
Ahmad Faisal Sahari
Muhammad Danial Norma
Nr Emawati Samsiah Semail Nur Liyana Mohd Zawawi
Attarmizi Atmaliza Kamarudin
Martini Albukhari Mohd Herizani
Nor Damira Arbidayu
Arrahman Abi Ikram
Sona Anida
Ramila
Amirudin



Rajah Susur Galur Keluarga Che Hassan bin Taib (1912-2008).




Lampiran 2

Haji Ahmad @ Tok Ayah Khatib

kahwin


Tok Mek No


Halijah Tok Yam Tok Sana Tok Esah Yusof
(Tebing Kelar)


kahwin
kahwin
Taib
Halimah


Maimunah Husin Che Hassan Zainab
(meninggal muda)
kahwin kahwin

Yaacob Muyah

Minah
Che Husin Jaafar

Hamzah Azizah


Siti Mariam Ibrahim Draman Halijah

kahwin kahwin kahwin kahwin
Saadiah Limah Ayub Zimah
Stibidah Mohd Nor
kahwin kahwin kahwin Halimah
Pak Do Mat
Mahmod Saba Che Sulaiman
Rahimah Siti Zin Nor Aizan
Sarah Zakaria
Mekyam Rahmah Rozana


Azmi Manira Yati Yaman Zamruh






































Rajah Susur Galur Lapis Keenam Sebelah Bapa dan Ibu Pengkaji.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli. Didapati melalui temubual pada tahun 2008.




Lampiran 3


Mahmod


kahwin kahwin

Saadiah

Sarah
kahwin

Che Husin

Ramli Mohd Midah Semah Nuar
Hatta
kahwin kahwin

Nor Aizan Ghazali





Aziz Noraini Norehan Norzainah Normin













Rajah Susur Galur Empat Lapisan Sebelah Bapa Pengkaji.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli. Didapati melalui temubual pada tahun 2008.




Lampiran 4


Hassan


Muyah Che Wil Mek Mbo Rahmah

kahwin kahwin kahwin

Che Hassan Che Jah Ali



Aziz


Che Husin Jaafar


Senik



Mok Lah Harun Sabariah Pak Su Lah

kahwin kahwin kahwin

Che Sulaiman Timah Ibrahim

Zu
Ana Sopi


Seli Kiwi Zah







Rajah Susur Galur Lima Lapisan Sebelah Bapa Pengkaji.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli. Didapati melalui temubual pada tahun 2008.
Lampiran 5


Haji Che Wan kahwin Tok Stibaru

Tok Tosol

kahwin


Haji Ibrahim

Halimah

kahwin

Yusof (Tebing Kelar)


Siti Ibrahim Draman Halijah
Mariam
kahwin kahwin kahwin

Mok Su Bidah Mohd Nor

Halimah

Esah Saari Iza Rahmah Rozana

Nor Aizan
Siah Slahah Rahimah Siti Zin




Ismail Midah Daud Salleh


Mek Nab Ahmad Limah Bibah





Rajah Susur Galur Enam Lapisan Sebelah Ibu Pengkaji.
Sumber: Muhammad Danial b. Ramli. Didapati melalui temubual pada tahun 2008.
Lampiran 6


Gambar kubur Haji Ahmad @ Tok Ayah Khatib (bapa Halijah bt. Ahmad) di Perkuburan Islam Kg. Kelar Tok Pukang. Meninggal tahun 1941).

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli, 2008.



Lampiran 7


Gambar kubur Halijah bt. Ahmad (ibu Hajah Zainab bt. Taib) di Perkuburan Islam Kg. Kelar Tok Pukang.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli, 2008.





Lampiran 8


Gambar kubur Hajah Zainab bt. Taib di Perkuburan Islam Kg. Kelar Tok Pukang. Meninggal 27 Jun 2007.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli, 2008.



Lampiran 9

Gambar kubur Haji Tayib b. Sulaiman (suami Hajah Zainab b. Taib ) di Perkuburan Islam Kg. Kelar Tok Pukang. Meninggal tahun 1987.

Sumber: Muhammad Danial b. Ramli, 2008.







Lampiran 10

Gambar Che Husin b. Che Hassan dan Zainab bt. Abdullah pada 2000.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2000.



Lampiran 11


Gambar Sarah bt. Mahmod serang menyarungkan cincin pertunangan cucunya, Ahmad Faisal ke jari Norma bt. Yakob, 2007.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2007.






Lampiran 12


Gambar keluarga pengkaji bersama Hajah Zainab bt. Taib pada Hari Raya Haji terakhir pada hayatnya, 2006.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2006.















Lampiran 13




Gambar Ramli b. Che Husin dan Nor Aizan bt. Mohd Nor berlatarbelakangkan menara Kuala Lumpur, 2005.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2005.







Lampiran 14




Gambar adik-beradik pengkaji, 2006.
Keterangan gambar: Berdiri belakang dari kanan; Ahmad Faisal, Muhammad Danial, Nur Liyana, Nr Emawati, Atmaliza, Albukhari, Attarmizi, Arbidayu.
Depan dari kanan; Martini, Abi Ikram, Nor Damira, Sona Anida, Arrahman, Ramila dan Amirudin.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2006.











Lampiran 15


Gambar suasana dalam rumah Hajah Zainab yang juga menjadi tempat pengkaji membesar, 2005.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2005.


Lampiran 16


Gambar suasana dalam rumah Hajah Zainab yang juga menjadi tempat pengkaji membesar, 2006.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli, 2006.

Lampiran 17



Gambar hari pertunangan Ahmad Faisal b. Ramli dengan Norma bt. Yakob, 2006.
Dari kiri: Norma bt. Yakob, Halijah bt. Yusof (ibu Nor Aizan bt. Mohd Nor), Hajah Zainab bt. Taib dan Ahmad Faisal b. Ramli.

Sumber: Ahmad Faisal b. Ramli.

Lampiran 18


Gambar Hajah Zainab bt. Taib mengajar Al-Quran di rumahnya di Kg. Kelar Tok Pukang, 1970-an.

Sumber: Ramli b. Che Husin.

Lampiran 19




Peta Lakaran Tangan Sempadan Kampung Kelar, 2008.

Sumber: Ramli b. Che Husin.







Lampiran 20


Peta Kelantan
Sumber: Ishak Shari, Dr., 1988. Perkembangan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan, hal. 141.







Lampiran 21





Peta Malaysia.
Sumber: Buku atlas Fajar Bakti.














[1] Bertempat di jajahan Pasir Mas di negeri Kelantan. Rujuk Lampiran 19, 20 dan 21.
[2] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[3] Rujuk Lampiran 19.
[4] Temubual dengan Draman b. Yusof, 30.5.2008. Rujuk Lampiran 6. Rujuk juga Lampiran 2.
[5] Melalui pencerapan pengkaji, sudah lebih 200 tahun, keluarga Nor Aizan bt. Mohd Nor menetap di Kg.
Kelar Tok Pukang.
[6] Pasir Pekan terletak dalam jajahan Kota Bharu. Rujuk Lampiran 20.
[7] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 3.6.2008.
[8] Jamal Mohd Lokman Sulaiman, 1999. Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama’ serta Ahli Politik Malaysia di Abad ke-20. Subang Jaya, SULFA Human Resources & Development.
[9] Abdul Halim Ahmad, 1984. Pendidikan Islam di Kelantan, (m.s 39-62). Dalam Khoo Kay kim, 1985. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya.
[10]Dr. Ishak Shaari, 1992. Pembangunan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
[11] Bapa Dato’ Onn adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Dato’ Onn mempunyai 15 orang adik-beradik, antaranya, Ungku Abd Aziz (Menteri Besar Johor hingga Perang Dunia Ke-2), Ungku Abd Hamid (ayah kepada Profesor Diraja Ungku Aziz) dan Syed Ali (ayah kepada Profesor Dr. Syed Hussein Alatas dan Dr. Syed Naquib Alatas). Rujuk Anwar Abdullah, 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 34.
[12] Gelaran Che berasal dari Patani. Pada peringkat permulaannya, mereka memanggil emak dengan gelaran/panggilan Che. Jadi daripada sini terbawa-bawa hingga gelaran Che ini diambil/digunakan sebagai satu title melambangkan satu-satu keturunan. Sebenarnya susur galur kekerabatan Che tidak dapat diterangkan dengan jelas. Fatimah Daud, 1985. Perbandingan Stratifikasi Sosial Kerabat Nik, Wan dan Che di Kelantan, (m.s 229-244). Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, hal. 236. Namun persoalan yang masih belum terungkai adalah hanya Che Hassan dan Che Husin yang mempunyai gelaran Che pada nama mereka.
[13] Husin meninggal ketika masih kanak-kanak. Rujuk Lampiran 2.
[14] Maimunah merupakan nenek Sarah bt. Mahmod. Sarah kemudiannya berkahwin dengan Che Husin anak Che Hassan (Che Hassan adalah adik-beradik Maimunah). Rujuk Lampiran 2.
[15] Merupakan ibu bangkat kepada Sarah bt. Mahmod, Jaafar b. Che Hassan, Ramli b. Che Husin, Norma bt. Hamzah, Ahmad Faisal b. Ramli dan Muhammad Danial b. Ramli. Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 08.05 pagi 27 Jun 2007. Rujuk Sijil Kematian Zainab bt. Taib, D 191275 dan Permit Penguburan Zainab bt. Taib, D191275/JPN.P.MAS/27.6.2007.
[16] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[17] Raja Mukhtaruddin Raja Mohd-Dain, 1985. Konsep Melayu, Agama, Budaya dan Bahasa. Petaling Jaya, Agensi Penerbitan Nusantara, hal. 57.
[18] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[19] Peristiwa pembunuhan ini melalui penceritaan orang tua-tua dahulu terjadi ekoran perasaan cemburu. Limah yang sudah sekian lama menaruh hati terhadap Che Hassan telah bertindak nekad menyerang Muyah (ketika itu sudah menjadi isteri Che Hassan) dan hampir membunuhnya. Walau bagaimanapun, Muyah sempat menangkisnya dan menyerang balas dengan menggunakan pisau lipat menyebabkan Limah yang terbunuh. Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[20] Saksi palsu pendakwaan kes pembunuhan ini iaitu Stawa telah membuat pengakuan mengatakan Maimunah dan Halijah bertindak memegang kedua-dua belah tangan Limah dan Muyah bertindak menikamnya. Pada awalnya, Muyah mempunyai alibi, apabila terdapat seorang saksi yang boleh menyangkal dakwaan keluarga Limah bahawa Maimunah dan Halijah bersubahat dengan Muyah dalam pembunuhan tersebut. Namun pada malam sebelum perbicaraan berlangsung, saksi tersebut iaitu Limah tiba-tiba meracau dan terus sasau sehinggalah sampai kepada hari kematiannya. Hal ini menyebabkan pihak pendakwa telah memenangi kes tersebut menyebabkan Muyah, Maimunah dan Halijah telah disabitkan bersalah.Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008. Disokong temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[21] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[22] Hamzah sekarang menetap di Kuala Berang, Terengganu manakala Azizah menetap di Kemaman, Terengganu. Azizah telah meninggal dunia tahun 2006. Temubual dengan Halijah bt. Yusof , 23.5.2008.
[23] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[24] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008. Disokong temubual dengan Ramli b. Che Husin, Sarah bt. Mahmod dan Ghazali b. Deraman.
[25] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[26] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[27] Kemasukan Jepun pada kira-kira jam 0025 pagi (12.25 pagi) 8 Disember, kumpulan hadapan askar-askar Jepun (terdiri daripada konvoi kapal perang Jepun; Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru yang diiringi oleh empat lima buah kapal perang di bawah perintah Rear Admiral Shintaro Hashimoto. Kapal-kapal perang itu ialah kapal penjelajah ringan bernama Sendai dan empat buah kapal pembinasanya yang bernama Isonami, Uranami, Shikinami dan Ayanami. Ketiga-tiga kapal pengangkut tersebut membawa askar-askar Jepun yang dipanggil Takumi Detachment), mendarat di Pantai Kuala Pak Amat yang terletak di antara Pantai Badang dengan Pantai Sabak dan pada 0100 (1.00 pagi), setelah berlaku pertempuran yang sengit telah berjaya menawan kubu-kubu pihak British yang dikendalikan oleh askar-askar bangsa India dari pasukan 3/17th Dogras yang memberi tentangan yang hebat serta menimpakan kemalangan yang teruk ke atas askar-askar Jepun yang sedang mara sebelum mereka sendiri dibinasakan oleh askar-askar Jepun itu. Dato’ Nik Mohamed Nik Mohd Salleh. Peperangan Dunia Di Kelantan. 14 Mac 2002, hal. 5. Tentera Inggeris di bawah pimpinan Brigedier Kay yang mengetuai ‘28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas. Rujuk Jepun Mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid IV/1986, hal. 221.
[28] Jepun yang telah berjaya menguasai Burma, Indo-China (Laos, Kemboja dan Vietnam) dan Tanah Melayu telah menjalinkan kerjasama politik dengan kerajaan Thailand.
[29] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008. Disokong temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008.
[30] Satu upacara penyerahan kuasa oleh tentera Jepun kepada tentera British telah diadakan di Sekolah Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur. Panglima besar pasukan ke-29 tentera Jepun, Leftenan Jeneral Teizo Sishigoro, Ketua Turus Angkatan Tentera, Major Jeneral Noaichi Kawahara dan Kolonel G-Ogori bagi pihak Jepun dan Pegawai Pemerintah Tentera British, Leftenan Jeneral Roberts dan dua orang pegawai lain menandatangani surat penyerahan kuasa. 6800 orang tentera Jepun lucut senjata dengan arahan Maharaja Jepun. Rujuk “Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Tamat”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid VII/1994, hal. 169.
[31] Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 3.6.2008.
[32] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[33] Pada hari kejadian, Che Husin berada di samping ibunya yang mendukung anak keduanya, Jaafar. Dengan itu, pada ketika seawal usia tiga tahun, Che Husin telah menjadi saksi mata kepada tragedi pembunuhan.Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[34] Temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008.
[35] Ibid.
[36] Kisahnya, Che Husin telah mengikut bapanya Che Hassan membuka tanah (membersihkan tanah hutan) baharu di Batu 11, Tanah Merah. Tanah yang dibuka tersebut telah ditanam dengan anak pokok getah sebagai jaminan masa hadapan. Namun, disangka ‘gerimis hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’ apabila tanah yang diusahakan oleh Che Husin dengan bapanya Che Hassan telah diambil oleh kerajaan dengan alasan tanah rizab kerajaan. Umur anak getah ketika itu sudah menjangkau usia tiga tahun. Semasa proses membuka tanah untuk menanam anak pokok getah tersebutlah, Che Husin dikatakan ditegur “Uu” oleh suatu suara yang tidak diketahui. Menyangka dipanggil oleh bapanya, Che Husin telah menyahut panggilan tersebut, rupa-rupanya bukan bapanya yang memanggil. Selepas kejadian tersebut, pendengaran Che Husin semakin lama semakin hilang, hinggalah pada hari ini. Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[37] Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[38] Temubual dengan Mohd Zawawi b. Che Husin, 26.5.2008. Rujuk Lampiran 1.
[39] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008. Namun kad pengenalan barunya menunjukkan dia lahir tahun 1942.
[40] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[41] Ibid. Disokong temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[42] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[43]Carol Laderman, “Main Peteri: Synopsis of Three Shamanistic Performances, JMBRAS, Vol. 60 Part 2,
hal. 55.
[44]Hashim Awang A.R. dan Zaleha Abu Hassan, 1985. Main Peteri: Suatu Teknik Etnopsikoterapi Masyarakat Melayu Kelantan, (m.s 293-306. Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, hal. 293. Main peteri dikatakan berasal daripada permainan rawatan oleh empat orang sahabat (Semar, Turas, Hina dan Galuh). Hina yang sakit telah sembuh apabila sahabat-sahabatnya main peteri. Ibid., 294.
[45] Gambaran yang jelas dapat dilihat iaitu pada asalnya yang membawa kepada kepercayaan Indonesia purba, Semar atau Semar Hitam (the black Semar) dalam Wayang Jawa dan kepada Pak Dogah bagi wayang kulit di Kelantan. Anker Rentse, “The Origin of the Wayang Theatre (Shadow Play)”, JMBRAS, Vol. 20 Part 1/1947, hal. 12.
[46] Terdapat dua jenis wayang kulit iaitu wayang Siam dan wayang Jawa. Biasanya patung yang digunakan dalam persembahan wayang kulit dibuat daripada belulang lembu dan batang buluh yang diraut dan dikeringkan sebagai pemegang. Rujuk A.H. Hill, M.A., B.Sc., “Some Kelantan Games and Entertainments”, JMBRAS, Vol. 25/1952, hal. 32. Biasanya dimainkan dalam tempoh seminggu. Ibid., hal. 33. Biasanya dimainkan selepas musim menuai padi, tetapi tidak dimainkan jikalau jatuh pada bulan Ramadhan. Amin Sweeney, “The Shadow Play of Kelantan: Report on a Period of Field Research”, JMBRAS, Vol. 43 Part 2/1970, hal. 54.
[47] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[48] Sijil Kelahiran Ramli b. Che Husin. Rujuk juga Kad Pengenalan Ramli b. Che Husin.
[49] Permainan-permainan yang popular pada ketika itu; tikam seladang (pupus 1970-an), campak getah urat (pupus 1970-an), tokkong bedil (lambung syiling) (pupus sekitar 1990-an), bidas kulit etok (lastik kulit kepah) (pupus sekitar 1970-an), rel basikal (pupus sekitar 1980-an), kereta woh nyior (kereta buah kelapa) (pupus sekitar 1970-an), puling (seruling tanah liat) (pupus sekitar 1970-an), bola awal (kurang dimainkan sekitar awal 2000), dekcok (tingting). Seterusnya, sesuai dengan usia remajanya, permainan juga semakin berubah, namun masih dalam ruang lingkup tradisionalnya. Permainan-permainan remaja sekitar lewat 1970-an dan awal 1980-an; coh (galah panjang) (semakin kurang dimainkan awal 2000), bola katok (randers) (semakin kurang dimainkan awal tahun 2000), kretuk (pada awalnya digunakan dalam pertandingan, namun sekarang hanya untuk persembahan), wau; bulan, daun, kucing dan kikek (kurang dimainkan sekitar lewat 1990-an), sepak bulatan (sepak raga), gasing kayu dan congkak; tanah dan kayu. Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[50] PAS kembali menawan Kelantan selepas kehilangannya kepada Barisan Nasional selama 12 tahun. TG Nik Abdul Aziz yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah dilantik sebagai Menteri Besar. Jamal Mohd Lokman Sulaiman, 1999. Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: Seorang Ulama dan Ahli Politik Malaysia Abad ke-20, hal.118.
[51] Bagih menggunakan dua teraju utama iaitu minduk (jurubahasa) dan bomoh. Bagih menggunakan alatan seperti mayang pinang dan setanggi. Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[52] Pertama: meletakkan sebiji kelapa dan sebuah guri tanah liat di dalam pondok simpanan padi dan kedua: pulut kuning, padi goreng dan ranting kayu di letakkan di tengah sawah. Ibid.
[53] Ibid.
[54] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 1.6.2008.
[55] Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 24.5.2008.
[56]Ditulis Kg. Kelar dalam surat beranak. Sijil Kelahiran Nor Aizan bt. Mohd Nor.
[57] Bidan menggunakan daun kelapa dan benang mentah semasa upacara berjalan. Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 26.5.2008.
[58] Ibid.
[59]Majlis perkahwinan serba ringkas dengan mas kahwinnya bernilai RM500 serta lima dulang hantaran berisi kain dan makanan serta sebentuk cincin emas menjadi petanda penyatuan dua jiwa. Selang setahun usia perkahwinan mereka, Nor Aizan telah melahirkan seorang anak lelaki pada 5 Disember 1981, Ahmad Faisal). Anak sulungnya ini diperanakkan di rumah orang tuanya. Selang tiga tahun kemudiannya, anak keduanya menyusul. Muhammad Danial lahir pada jam 5.45 pagi hari Khamis bertarikh 3 Mei 1984. Anak ketiganya, merupakan anak pertama perempuannya lahir pada tahun 1986 yang diberi nama Nr Emawati. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan kelahiran empat orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, dua orang cahaya matanya telah meninggal dunia semasa dilahirkan. Empat orang yang berbaki diberi nama Attarmizi (1991), Martini (1994), Nor Damira (1997) dan Arrahman (1999). Ibid.
[60] Sijil Kelahiran Ermi Evaivana b. Ramli (Muhammad Danial b. Ramli).
[61] Surat kelulusan permohonan pindaan butiran dalam kad pengenalan, Bil (2)
JPN.KP.163/683/PD/KPT/0106[2]2004.
[62] Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 3.6.2008.
[63] Permainan-permainan tradisional; tun nusuk (sorok-sorok/ hide-and-seek), tun brambat duduk (kejar-kejar/ run and catch), bola kopi (bola tin), bola kaki 3, bola awal, bola katak (randers), bola bayang, bola tembak rusa, dekcok (tingting/ hopscoth), dekcok ambat, blaga buah gurah (main guli/playing marbles), jentik getah urat, nusuk lidi (sorok lidi), jentik tudung botol, nenek tua, tarik upih, kereta tin, kaki kayu/ walking on stilts, kaki gajah, kutir-kutir semut, jaja jalu, lompat getah; zero point, raja, cok angkat dan cokelat. Pengalaman yang diingati oleh pengkaji sendiri. Disokong temubual dengan Nr Emawati bt. Ramli, Atmaliza bt. Ramli, Attarmizi b. Ramli dan Martini bt. Ramli, 31.5.2008.
[64]Permainan-permainan ini merangsang kepada kerjasama di antara ahli kumpulan (contohnya dekcok ambat dan bola bayang), kebijakan menyusun strategi untuk menang (contohnya bola kopi), tanggung jawab sebagai ketua (contohnya dekcok ambat), kecergasan fizikal (contohnya tun brambat duduk dan dekcok). Ibid.
[65] Walaupun kesemua adik-beradik pengkaji menuntut di sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan, tidak bermakna di sanalah segala-galanya. Jika ‘digali sedalam mungkin’, pengkaji serta adik-beradik telah membesar dalam suasana pendidikan secara tidak langsung. Permainan zaman kanak-kanak sebenarnya merupakan permainan yang berunsurkan pendidikan; lompat tali (belajar mengenal ABC serta bercakap Bahasa Inggeris), lompat getah iaitu raja (mengenali pangkat-pangkat dalam istana seperti raja, permaisuri, putera, puteri dan dayang), dekcok ambat (mengkelompokkan sesuatu benda) dan permainan nama dan negeri (mencari perkataan berdasarkan abjad meliputi nama, negeri, binatang, buah dan benda).[65] Permainan-permainan tersebut tanpa disedari memberi kesan positif terhadap pendidikan zaman kanak-kanak pengkaji dan adik-beradik. Permainan AEIOU yang sudah pupus pada masa kini (2008) juga merupakan permainan zaman kanak-kanak yang berunsurkan pendidikan. Kanak-kanak secara tidak langsung telah belajar menyebut huruf-huruf vokal (aeiou). Ibid.
[66] Ingatan pengkaji sendiri. Disokong temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008, Nor Aizan bt. Mohd Nor, 24.5.2008 dan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[67] Ingatan pengkaji sendiri.
[68] Rujuk Lampiran 12 dan 14.
[69] Sijil Kelahiran Nr Emawati bt. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Nr Emawati bt. Ramli.
[70] Sijil Kelahiran Attarmizi b. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Attarmizi b. Ramli
[71] Sijil Kelahiran Martini bt. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Martini bt. Ramli.
[72] Sijil Kelahiran Nor Damira bt. Ramli.
[73] Sijil Kelahiran Arrahman b. Ramli.
[74] Sijil Kelahiran Dr Emarina bt. Ramli. Rujuk juga surat pengesahan penukaran nama kepada Nur Liyana.
[75] Sijil Kelahiran Atmaliza bt. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Atmaliza bt. Ramli.
[76] Sijil Kelahiran Albukhari b. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Albukhari b. Ramli.
[77] Sijil Kelahiran Arbidayu b. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Arbidayu bt. Ramli.
[78] Sijil Kelahiran Abi Ikram b. Ramli. Rujuk juga kad pengenalan Abi Ikram b. Ramli.
[79] Sijil Kelahiran Sona Anida bt. Ramli.
[80] Sijil Kelahiran Ramila bt. Ramli.
[81] Sijil Kelahiran Amirudin b. Ramli.
[82] Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, hal. 8. Sistem pendidikan membaca Al-Quran ini juga biasanya dijalankan di rumah guru itu sendiri. R.J. Wilkinson, “Malay Customs and Beliefs”, JMBRAS, Vol. 30 Part 4/1957, hal. 47.
[83] Ibid.
[84] Temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008.
[85] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[86] Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 24.5.2008.
[87] Hajah Zainab telah mengabadikan hampir tiga suku usianya bagi mendidik anak bangsa dari sudut kerohanian. Hajah Zainab telah mengajar Al-Quran kepada anak-anak muda Kg. Kelar Tok Pukang seawal 1950-an lagi. Pada awalnya, Hajah Zainab tidak berniat untuk menjadi guru Al-Quran, namun disebabkan tidak mahu mengecewakan permintaan Siti Mariam dan Pak Do Mat yang menghantar anak mereka Mustopha untuk belajar mengaji Al-Quran, dia telah menerimanya. Mustopha merupakan murid rasmi pertama Hajah Zainab sebagai guru Al-Quran. Semetelahan lagi, pada ketika itu berlakunya lompang guru agama, kerana guru agama yang ada di kampung ini sebelum itu telah meninggal dunia. Bermula daripada saat itu, semakin ramailah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah Hajah Zainab bagi mengaji Al-Quran. Bermulalah fasa dalam kehidupan Hajah Zainab sebagai teras penting dalam kehidupan sosial masyarakat kampung di Kg. Kelar Tok Pukang khususnya dan Kelantan umumnya. Sememangnya, masyarakat kampung/pedalaman di Kelantan amat memandang tinggi guru-guru agama. Bagi mereka, tugas mengajar ilmu-ilmu agama termasuklah Al-Quran adalah tugas yang mulia dan wajar untuk dihormati. Hajah Zainab bukanlah guru Al-Quran bidan terjun semata-mata kerana jika ditelusuri lapis ke atas keturunannya, datuk sebelah ibunya, Haji Ahmad yang dikenali dengan panggilan Tok Khatib @ Tok Ayah Khatib merupakan seorang alim yang juga menjadi khatib membaca khutbah semasa solat Jumaat. Tok Khatib turut menjadi guru Al-Quran di Kg. Kelar Benban ketika hayatnya dan meninggal sekitar usia 130 tahun. Jadi, baka keturunannya mengalir ke tubuh Hajah Zainab yang kemudiannya turut menjadi guru Al-Quran di kampung yang bersebelahan dengan kampung datuknya. Hajah Zainab mengajar Al-Quran sudah lebih setengah abad yang hanya berakhir sekitar dua bulan sebelum kematiannya, Jun 2007. Bilangan murid-muridnya sudah tidak terkira banyaknya, melangkaui ratusan orang, meliputi tiga generasi. Kehebatan nama Hajah Zainab, juga dikenali dengan panggilan Mok Aji (Hajah; di Kelantan dipanggil Aji, kependekkan Haji) selepas menunaikan haji di Mekah pada tahun 1975 melangkaui kampung-kampung bersebelahan. Sekitar 15 hingga 50 tahun dahulu, semua anak-anak di kampung ini ( Kg. Kelar Tok Pukang) dihantar mengaji Al-Quran di rumah Hajah Zainab. Terdapat juga ibu bapa dari kampung-kampung jiran seperti Kg. Kelar Benban, Kg. Kelar Joha, Kg. Kenjong dan Kg. Pengkalan Rambutan yang menghantar anak-anak mereka mengaji Al-Quran dengan Hajah Zainab. Walau bagaimanapun, sejak 15 tahun kebelakangan ini, amalan ibu bapa menghantar anak-anak mereka mengaji sudah tidak seperti dahulu. Terdapat ibu bapa kampung ini hanya menghantar anak mereka mengaji separuh jalan sahaja (tidak sampai khatam; tamat 30 juzuk Al-Quran ). Terdapat ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka mengaji kerana beranggapan anak-anak mereka sudah belajar di sekolah-sekolah umum (sekolah kebangsaan).Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008. Rujuk Lampiran 18.
[88] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 1.6.2008. Disokong temubual dengan Ramli b. Che Husin, 3.6.2008. Ramli telah menerangkan dengan lebih terperinci upacara khatam Al-Quran dilaksanakan. Surah lazim (Juzuk Amma, juzuk ke-30 iaitu juzuk terakhir dalam Al-Quran). Biasanya Surah Ad-Dhuha dan ke bawah.
[89] Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya, McMillan Publishers (M) Sdn Bhd, hal. 270.
[90] Robert L. Winzeler, “ Traditional Islamic Schools in Kelantan”, JMBRAS, Vol. 48 Part 1/1975, hal. 92. Nik Anuar Nik Mahmud menambah bahawa Kelantan sejak dulu terkenal dengan jolokan Serambi Mekah. Jolokan ini diberikan kerana ia adalah satu-satunya pusat pengajian Islam yang terkemuka di Nusantara. Setelah Patani jatuh ke tangan Siam (1902), Kelantan menjadi benteng terakhir Islam di utara Semenanjung. Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, “Gema Jihad di Bumi Serambi Mekah: Kelantan Menghadapi Gelombang Imperialisme Baru”. Kertas kerja, 27 Jun 2004, hal. 2.
[91] Abdul Halim Ahmad, 1985. Pendidikan Islam di Kelantan, hal. 45.
[92] Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Che Wan juga dikenali dengan panggilan TG Baba menerima didikan daripada Tok Jelapang dan Tok Kenali sebelum melanjutkan pelajaran ke Mekah. ‘Abdullah Al-Qari Hj. Salleh, 2002. Detik-detik Sejarah Hidup Tuk Kenali. Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers, hal. 55. TG Baba juga pernah menulis kitab iaitu Kitab Ainul Radzi (Raudatul Muslimin). Ibid. TG Hj Abdullah menerima didikan agama semenjak kecil daripada ayahandanya. Khatam Al-Quran ketika berusia 8 tahun. Kemudiannya menyambung pendidikannya di Mekah dan kemudiannya bekerja di Majlis Ulama Kelantan tahun 1974. Ibid., hal. 58.
[93] TG Haji Abdullah dilahirkan pada hari Jumaat, 12 Februari 1933. TG meninggal dunia pada 11 Rabiulawal 1429 H bersamaan 19 Mac 2008, tepat jam 7.10 pagi. Rujuk Mohd Sayuti Omar. Belasungkawa Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah (1933-2008): Tok Guru Berbudi Tinggi dan Merendah Diri Sudah Tiada. Siasah, 23-29.3.2008, hal. 12.
[94] Batu bersurat di Pondok Lubuk Tapah yang dikeluarkan oleh Pusat Pelancongan Malaysia pada tahun 2005. (Rujuk gambar di lampiran). Pondok Lubuk Tapah berkembang pesat setelah TG Haji Lah pulang dari Mekah pada Disember 1966. Beliau berkelana menuntut ilmu di sana selama 14 tahun sejak tahun 1953. Pondok Lubuk Tapah atau nama rasminya Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah merupakan sebuah institusi pengajian agama berkonsep tradisional dan antara pondok yang tertua di Kelantan. Terletak di Kg. Lubuk Tapah, Lemal, Pasir Mas kira-kira empat kilometer dari Bandar Pasir Mas meliputi kawasan seluas enam ekar. Merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sg. Durian dan Pondok Pasir Tumbuh. Pelajar-pelajarnya datang dari seluruh Malaysia dan ada juga dari negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja. Rujuk M Faqih. Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah Lahirkan Ribuan Ulama. Siasah, 23-29 Mac 2008, hal. 36.
[95] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[96] Ibid.
[97] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[98] Hasnah Muhammad Ali, Nurzan Mohd. Wahie dan Rashila Ramli, 2001. Warisan Puteri Melayu dari MGC ke TKC 1947-1997. Malaysia, Old Girl’s Assosiation (MGC/TKC), hal. 1.
[99] Kurikulum abad ke-19 ialan bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Manakala pada abad ke-20 ditambah perkebunan, anyaman (1917). Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1988. Pendidikan di Malaysia, hal. 8-13.
[100] Bagaimanapun, menjelang tahun 1950-an barulah sebahagian besar gadis-gadis Melayu mendapat pendidikan sekular secara formal. Rujuk Lenore Manderson, 1981. Wanita, Politik dan Perubahan: Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaysia 1945-1972 (Samsudin Jaapar, Terjemah). Shah Alam, Fajar Bakti Sdn. Bhd, hal. 28.
[101] Abdullah Bin Abdul Rahman, 1973. Perkembangan Sekolah-Sekolah di Kelantan Antara Tahun 1904 – 1941: Dengan Perhatian Khusus Terhadap Sekolah Vernakular. Kuala Lumpur, Universiti Malaya, hal. 12.
[102] Dalam tahun 1903, untuk pertama kalinya sebuah sekolah Melayu didirikan di Kelantan. Awang Had Salleh, 1974. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 1. Pada tahun 1922, terdapat 160 orang pelajar di sekolah-sekolah vernakular Melayu di sekitar Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kutang. Kelantan Annual Report, 1922, hal. 7. Manakala pada 1934, sudah terdapat 63 buah sekolah vernakular Melayu yang terdiri daripada 4129 orang pelajar (245 perempuan). Kelantan Annual Report, 1934. Pada tahun 1949, bagi memudahkan pengawasan dan pengurusan, iklim pendidikan Kelantan dipecahkan kepada lima bahagian; Kota Bharu (termasuklah Salor dan Ketereh), Kelantan Barat (Barat Laut Sg. Kelantan, termasuklah Pasir Mas), Bachok (termasuklah Mentuan), Pasir Puteh dan jajahannya, dan Ulu Kelantan. Kelantan Annual Report, 1949, hal. 32.
[103] Hakikatnya, budaya masyarakat Melayu pada masa dahulu tidak suka menghantar anak perempuan mereka ke sekolah kerana penguatkuasaan nilai dan norma masyarakat tradisi. Pergerakan dan pergaulan mereka terbatas untuk mengelak fitnah dan mereka dididik menjadi lemah lembut, taat dan menghormati orang lain. Tambahan pula, anak perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun telah dianggap meningkat dewasa. Mereka akan diajar dengan pelbagai tugas rumah tangga seperti memasak, mengemas, menyulam, menjahit dan sebagainya. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menjaga imej anak perempuan itu supaya memenuhi syarat untuk dipinang atau “laku” sebagai calon menantu. Rujuk Rosnah Baharudin dan Noraziah Ali, 2000. Status dan Citra Wanita dalam Novel Melayu Sebelum Merdeka. Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 57. Namun direkodkan pada tahun 1950, sudah terdapat kemasukan ke Sekolah Khas Melayu di Pasir Mas English School (seramai 35 orang pelajar lelaki dan perempuan). Kelantan State Secretary No. Fail SUK 1130/A/50 Admission-Special Malay Classes, 1951.
[104] Perisytiharan yang sebenarnya telah dilafazkan pada 17 September 1963 kerana hujan ribut telah berlaku pada 16 September 1963. “Perisytiharan Penubuhan Malaysia”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid III/1983, hal. 273,
[105] SMK Lemal yang ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Merupakan sekolah menengah Melayu yang pertama di Pasir Mas. Pada 30 Oktober 1976, sekolah ini dirasmikan oleh DYMM Tengku Ismail Petra dengan nama SM Lemal sehingga tahun 1984 apabila ditukarkan kepada nama SMK Tengku Panglima Raja. Majalah PANGLIMA Edisi 27/2001. SMK Tengku Panglima Raja, hal. 27. Rujuk juga Majalah PANGLIMA Edisi 32/2007. SMK Tengku Panglima Raja, hal. 68.
[106] Selama tiga tahun, 1973-1975, Ramli belajar Bahasa Malaysia (kemudiannya dikenali Bahasa Melayu), Tawarikh (kemudiannya dikenali Sejarah), Ilmu Alam (kemudiannya dikenali Geografi), Pengetahuan Ugama Islam (kemudiannya dikenali Pendidikan Islam), Ilmu Hisab Moden (kemudiannya dikenali Matematik), Sains Paduan (kemudiannya dikenali Sains), Seni Perusahaan (kemudiannya dikenali Kemahiran Hidup) dan Bahasa Inggeris. Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[107] Walau bagaimanapun, peperiksaan SRP yang diambil hanya tujuh subjek; Bahasa Malaysia, 4 (Kepujian), Tawarikh, 7 (Lulus), Ilmu Alam, 5 (Kepujian), Pengetahuan Ugama Islam, 7 (Lulus), Ilmu Hisab Moden, 7 (Lulus), Sains Paduan, 6 (Kepujian), Seni Perusahaan, 6 (Kepujian). Bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, tidak terdapat dalam peperiksaan SRP, hanya ujian lisan sahaja. Ibid.
[108] Pada ketika itu, pelajar yang gagal dalam peperiksaan SRP tidak dapat meneruskan pendidikannya di peringkat menengah atas. Ibid.
[109] Bahasa Malaysia, 4 (S.A.P., Lulus Peringkat Biasa), Kesusasteraan Melayu, 3 (S.A.P., Lulus Peringkat Biasa), Pengetahuan Ugama Islam, 4 (S.A.P., Lulus Peringkat Biasa), Sejarah, 1 (S.A.P., Lulus Peringkat Biasa), Ilmu Alam, 8 (S.A.P., Tidak Lulus) dan Lukisan, 8 (S.A.P., Tidak Lulus). Kelulusan S.A.P. adalah empat. Calon ini telah juga lulus dalam ujian lisan Bahasa Malaysia peperiksaan November/ Disember 1977. Sijil Pelajaran Malaysia Ramli B. Che Husin tahun 1977.
[110] Mulai 1967, Peperiksaan Penilaian Darjah 5 diperkenalkan bagi mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran. Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1988. Pendidikan di Malaysia, hal. 74.
[111] SMK Kangkong ditubuhkan pada tahun 1965 dengan menumpang bangunan SK Kangkong kerana pada masa itu belum mempunyai bangunan sendiri. Pada tahun 1972, SMK Kangkong mempunyai 2 blok bangunan sendiri di sebelah barat berdekatan dengan SK Kangkong dalam jarak 200 m. Pada tahun 1982, SMK Kangkong mendapat 1 blok bangunan satu tingkat sebagai bangunan tambahan dengan 8 bilik darjah dan 2 bilik makmal sains. Pada tahun 1989, SMK Kangkong mendapat lagi 3 blok bangunan tambahan satu tingkat dengan 11 buah bilik darjah. SMK Kangkong merupakan jenis sekolah bantuan penuh kerajaan dalam gred A. Selepas 1 Ogos 1990, sekolah ini termasuk dalam golongan sekolah gred B dan mulai 1998, gred A. Majalah TERAJU Edisi Sulung/2000. SMK Kangkong, hal. 14.
[112] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[113] Sijil Penyertaan Taman Bimbingan Kanak-kanak Ahmad b. Faisal Ramli.
[114] Sijil Tamat Sekolah Rendah Ahmad Faisal b. Ramli.
[115]1A (Bahasa Melayu Kefahaman), 2C (Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik) dan 1D (Bahasa Inggeris). Sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Ahmad Faisal b. Ramli.
[116]3A (Bahasa Melayu, Sains dan KHB Pilihan 1), 4B (Matematik, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam) dan 1C (Bahasa Inggeris). Slip keputusan Penilaian Menengah Rendah Ahmad Faisal b. Ramli.
[117]Pada tahun 2001, Ahmad Faisal telah membuat praktikal di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Lubuk China, Melaka. Kemudiannya, posting di Sekolah Kebangsaan Tengkera (2) dan kekal mengajar di sana hinggalah ke hari ini (2008).
[118] Pelaporan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) SK Kelar Muhammad Danial b. Ramli.
[119] Guru-guru kelas semasa di SK Kelar yang masih diingati pengkaji; Cikgu Khadijah bt. Yusoh (tahun 1 Merah), Cikgu Rozihan bt. Mohd Nasir (tahun 2 Merah), Teacher Chong Goet Sim (tahun 3 Merah), Cikgu Mohd Shabri b. Ramli (tahun 4 Merah), Cikgu Mahmood b. Hamat (tahun 5 Merah) dan Cikgu Aziz b. Mamat (tahun 6 Merah). Pelaporan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) SK Kelar Muhammad Danial b. Ramli.
[120]Pengkaji menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 1996 dan memperolehi keputusan 1A (Bahasa Melayu Pemahaman), 2B (Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik dan 1C (Bahasa Inggeris Pemahaman) Sijil Ujian Penilaian Sekolah Rendah 1996 Muhammad Danial b. Ramli.
[121] Buku Prestasi Murid SMK Kangkong Muhammad Danial b. Ramli.
[122] Antara guru-guru tingkatan semasa belajar di SMK Kangkong; Pn. Norazizah bt. Ab. Rahman (tingkatan 1 Melur-kelas di kedudukan keempat), Pn. Zaleha bt. Baharudin (tingkatan 2 Cempaka-kelas di kedudukan pertama), Pn. Hayati bt. Saad (tingkatan 3 Cempaka), Pn Azita bt. Ismail (tingkatan 4 Sains 1-kelas di kedudukan pertama) dan Pn. Norhayati bt. Razak (tingkatan 5 Sains 1). Buku Prestasi Murid SMK Kangkong Muhammad Danial b. Ramli.
[123]5A (Bahasa Melayu, Sains, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 1 (KHB) dan Pendidikan Islam), 2B (Matematik dan Sejarah) dan 1C (Bahasa Inggeris). Sijil Penilaian Menengah Rendah 1999 Muhammad Danial b. Ramli, PMR 900394.
[124] Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
[125] Keputusan SPM pengkaji hanya sekadar sederhana sahaja; Bahasa Melayu (1A), Pendidikan Islam (1A), Sejarah (1A), Matematik (3B), Bahasa Inggeris (4B), Biologi (4B), Kimia (5C), Fizik (6C) dan Matematik Tambahan (7D). Sijil Pelajaran Malaysia 2001 Muhammad Danial b. Ramli,.A A 0177387.
[126] Surat tawaran kemasukan diploma Sains Komputer UiTM, Bil 2002291814001.
[127] Matapelajaran yang diambil ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi.
[128] Pengajian Am A- (3.67), Sejarah B (3.00), Geografi B (3.00), Bahasa Melayu C+ (2.33) dan Ekonomi C (2.00). Slip keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2003 Muhammad Danial b. Ramli.
[129] Penyertaan pengkaji dalam aktiviti kokurikulum ini nyata telah memberi impak positif kepada sikap intra dan interpersonal pengkaji. Keseimbangan yang dicapai antara kurikulum serta kokurikulum telah membentuk diri pengkaji pada hari ini (2008). Sijil-sijil penyertaan dan penghargaan pengkaji.
[130] Keputusan peperiksaan STPM 2004 pengkaji; Pengajian Am A (4.00), Sejarah A (4.00), Geografi A (4.00), Bahasa Melayu A- (3.67) dan Ekonomi B (3.00). Wajaran keseluruhan bagi empat subjek utama ialah 3.92. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2004 Muhammad Danial b. Ramli, Y 028475.
[131] Surat tawaran kemasukan kursus ijazah pertama sesi 2005/2006, UPSI/PEND/AKAD1/241.
[132] Temubual dengan Atmaliza bt. Ramli, 1.6.2008.
[133] Temubual dengan Albukhari b. Ramli, 1.6.2008.
[134] Temubual dengan Arbidayu bt. Ramli, 1.6.2008.
[135] Temubual dengan Martini bt. Ramli, 1.6.2008.
[136] Temubual dengan Nr Emawati bt. Ramli, 1.6.2008.
[137]Matapelajaran yang diambil bagi aliran sastera ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Kesusasteraan Melayu, Seni Visual, Tasawwur Islam, Pendidikan Islam dan Ekonomi Asas. Sijil Pelajaran Malaysia Atmaliza bt. Ramli. AA 0196316.
[138] Matapelajaran yang diambil bagi aliran sains; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan English in Sceince and Technology (EST).
[139](A-Sejarah, Sains, Geografi dan KHB Pilihan 3, B-Pendidikan Islam dan Matematik dan C-Bahasa Inggeris). Sijil Penilaian Menengah Rendah Nr Emawati bt. Ramli.
[140](A- Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Geografi, KHB Pilihan 1, B- Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah). Sijil Penilaian Menengah Rendah Attarmizi b. Ramli.
[141] Temubual dengan Nr Emawati bt. Ramli, 1.6.2008.
[142] Jika dahulu mereka seringkali menolak sekolah vernakular kerana bimbang akan menjejaskan kepercayaan terhadap agama Islam yang dianuti oleh mereka. Tetapi ia mula berubah apabila sekolah vernakular ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh membawa perubahan dalam bidang ekonomi dan mobiliti sosial dalam kehidupan. Hal ini menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mula sedar akan kepentingan pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Melayu. Hassan Mahmod, “Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Di Negeri Kelantan: 1904-1957”. Tesis Sarjana Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1971, hal. 162.
[143] William R. Roff, 1974. Kelantan: Religion, Society and Politics in A Malay State. New York: Oxford University Press, hal. 248.
[144] Wan Abdul Kadir Yusoff, 1997. Kedudukan Nilai-Nilai Ekonomi Orang Melayu. Dalam Norazit Selat. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, hal. 101.
[145] Apabila Munsyi Abdullah melawat Kelantan pada tahun 1838, beliau sempat mencatatkan tentang keadaan kampung Melayu di kawasan Dataran Kelantan. Munsyi Abdullah, 1960. Kisah Pelayaran Abdullah (Diedit oleh Kassim Ahmad). Kuala Lumpur, Fajar Bakti, hal. 65.
[146] Pekerjaan Che Hassan sebagai pencari nira kelapa adalah pekerjaan kebiasaan penduduk di Kg Kelar Tok Pukang. Bersesuaian dengan kegiatan pertanian ketika itu yang menggalakkan penanaman padi, kelapa, getah, durian, sirih dan tebu. Kelapa yang banyak ditanam telah menggalakkan lagi pekerjaan mencari nira kelapa. Kelantan Annual Report, 1922, hal. xiii. 40,000 ekar tanaman kelapa yang terdapat di Kelantan tahun 1949. Kelantan Annual Report, 1949, hal. 21.
[147] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008. Disokong temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[148] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[149] Temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008. Disokong temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 3.6.2008 dan Mek Som bt. Su, 3.6.2008.
[150] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 23.5.2008.
[151] Pada tahun 1917, Enakmen Tanah Sawah Padi dan Enakmen Pengekalan Kelapa telah diperkenalkan semata-mata supara menghalang kedua-dua jenis tanaman ini digantikan dengan getah. Rujuk Barbara Watson Andaya dan Leonard, Y.A., 1983. Sejarah Malaysia, hal. 253. Walau bagaimanapun, Penanam getah di Pasir Mas meningkat pada tahun 1924-1928. pada 1927/28 terdapat 35, 635 ekar tanah yang diusahakan dengan tanaman getah di Kelantan. Pada tahun 1940 pula, keluasan tanah (pekebun kecil) adalah 61, 489 ekar. Dr. Ishak Shaari, 1988. Pembangunan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan, hal. 144.
[152] Dua pertiga (95,000 ekar daripada 167,000 ekar) tanah perusahaan getah di Kelanatan dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Kelantan Annual Report, 1949.
[153] Pengenalan sistem pendaftaran tanah yang dibeli atau diwarisi diiktiraf sebagai hakmilik pihak yang mendaftar bermula tahun 1881 dan penubuhan Pejabat Tanah dibuka tahun 1896, pihak pemerintah memperkenalkan cukai terhadap hasil beberapa jenis keluaran pertanian termasuklah padi, kelapa dan durian. Kadar cukai terhadap hasil padi sebanyak 5.0% daripada jumlah padi yang dituai (sebahagiannya dibayar secara tunai dan bakinya dibayar dalam bentuk padi. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai lebihan beras yang dapat dieksport ke Terengganu dan Singapura. Manakala pada tahun 1911, eksport beras menurun kerana permintaan daripada estet-estet getah meningkat. Maka beras Kelantan sekarang dibekal kepada pekerja estet-estet tersebut. Pada tahun 1912, harga padi naik daripada 9 sen kepada 16 segantang dan naik lagi pada 22 sen segantang. Bagi mengawal kenaikan harga padi ekoran permintaan melebihi penawaran, langkah proaktif telah diambil antaranya; menetapkan harga padi dan beras; 14 sen segantang untuk padi, 37 sen segantang untuk beras ‘hodoh’ dan 57 sen segantang untuk beras ‘molek’ dan langkah keduanya memaksa setiap penanam padi yang mempunyai simpanan padi supaya menjual simpanan yang melebihi keperluan untuk kegunaan mereka sendiri. Dr. Ishak Shaari, 1988. Perkembangan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan, hal. 143. Penanaman padi merupakan kegiatan pertanian paling utama, pada tahun 1934 terdapat seluas 150,000 ekar tanah ditanam dengan padi. Kelantan Annual Report 1934, hal. 12. Pemberitahuan kepada orang ramai mulai 1 Julai 1948 harga-harga padi yang diakui kerajaan akan diturunkan iaitu daripada harga $20/-sepikul kepada $15/-sepikul (harga di gudang) dan daripada $19.20/-sepikul kepada $14.20/- sepikul. Death Padi Dealings Ordinance and Milling Contracts, BMA/CO No. Fail K1141/1946.
[154] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008. Disokong temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[155] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[156] Pada tahun 1946, Pasir Mas telah diserang oleh penyakit padi yang telah menjejaskan pengeluaran padi. Serangan penyakit padi ini merupakan salah satu daripada kebarangkalian masalah yang wujud. Danger of Padi Disease, BMA/CO No. Fail 127/1946. Rujuk juga permasalahan yang berlaku di Kelantan pada tahun 1946. Chief social problems of Kelantan, BMA/CO No. Fail K1145/1946.
[157] Kemudiannya sudah terdapat tiga jenis padi yang ditanam di negeri Kelantan ialah padi cedungan, padi tugalan dan padi huma. Dr. Ishak Shaari, 1991. Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu Kelantan Pada Abad ke-19, (m.s 18-55). Dalam Jawatankuasa Kolokium Jabatan Sejarah UKM. Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, hal. 23.
[158] Mohammed Halib dan Abdullah Azmi Abdul Khalid, 1997. Oryza Sativa dan Melayu: Sejarah, Fakta dan Penimbangan Semula, hal. 1-21, dalam Norazit Selat, 1997. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu Unversiti Malaya, hal. 4.
[159] Ibid., hal. 5.
[160] Padi cedungan juga dikenali padi basah. Rujuk Kelantan Annual Report, 1939, hal. 13.
[161]Bagi kaedah ketaman, peralatan yang diperlukan adalah alat ketaman (pengetam), nyiru (di Kelantan dikenali sebagai badang), kisaran dan lesung hindek. Pokok padi akan diketam/dipotong daripada tangkainya menggunakan pengetam, kemudiannya dibentuk gemal (cantuman tangkai-tangkai padi, sekitar 100 tangkai), gemal melalui proses irip (asingkan padi daripada tangkai), padi yang sudah diirip akan di tampi dalam nyiru, kemudiannya dijemur kering selama 2-3 hari dan langkah terakhirnya, padi yang sudah dijemur akan dikisar menggunakan kisaran atau lesung hindek. Temubual dengan Ramli B. Che Husin, 12.6.2008.
[162] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 12.6.2008 . Disokong temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 12.6.2008.
[163] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[164] Temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008.
[165] Ibid. Manakala Mek Som Bt. Su mengatakan harga 3 kerek manisan berharga 10 sen. Mek Som bt. Su, 3.6.2008.
[166] Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[167] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 28.5.2008. Disokong temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[168] MTC mengawal urusan penanaman tembakau (siapa, di mana, dan berapa banyak boleh ditanam serta bila penanaman boleh dijalankan, membekal benih, baja, racun dan input lain kepada para petani yang dilantik untuk menanam tembakau. Dr. Ishak Shaari, 1988. Perkembangan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan, hal. 205.
[169] Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 28.5.2008.
[170] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008. Disokong temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008, Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008 dan Halijah bt. Yusof, 1.6.2008. Perangkaan taburan pemegang-pemegang permit dan lesen berniaga dalam kawasan Lembaga Bandaran Kota Bharu Disember 1974 serta perangkaan pemegang-pemegang lesen berniaga 1974/75 menunjukkan pekerjaan sebagai pengayuh beca adalah bersifat luas (kebiasaan). Mohd Fauzi Haji Yaacob, 1985. Pemesatan dan Motivasi Tradisi Perdagangan dan Perusahaan Melayu Kelantan, (m.s 174-191). Dalam Nik Safiah Karim, Ph.D dan Wan Abdul Kadir Yusuf, Ph.D. Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei. Kuala Lumpur, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, hal. 179.
[171] Temubual dengan Halijah bt. Yusof, 1.6.2008.
[172] Temubual dengan Che Husin b. Che Hassan, 3.6.2008.
[173] Temubual dengan Zainab bt. Abdullah, 26.5.2008.
[174] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[175] Ibid. MARDI berperanan melakukan penyelidikan untuk keluarkan benih yang dapat keluarkan hasil yang tahan penyakit dan bermutu tinggi. Wan Ibrahim Wan Daud, 1988. Kemiskinan di Kalangan Petani di Semenanjung Malaysia (m.s 128-149). Dalam Chamsuri Siwar dan Haflah Piei (Ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, hal. 135.
[176] Pada tahun 1 Oktober 1965, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) telah didirikan untuk menyelaraskan kegiatan pemasaran supaya petani-petani boleh mendapat pemulangan yang baik bagi pengeluaran mereka. “Pelancaran FAMA”, Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid III/1983, hal. 321.
[177] Temubual dengan Ghazali b. Deraman, 30.5.2008.
[178] Ibid.
[179] Temubual dengan Sarah bt. Mahmod, 30.5.2008.
[180] Ramli telah terlibat dalam satu tragedi pembunuhan di Selatan Thailand. Mangsa yang bertindak nekad menyerang Ramli secara berkumpulan bertujuan ingin membunuhnya. Namun, berbekalkan ilmu persilatan (Persilatan Helang Putih, Persilatan Singa Gurun dan Persilatan Nasuha), Ramli mampu menangkisnya sambil menyerang balas. Mangsa telah tertusuk pisau yang dipegang Ramli, lalu membuak-buaklah darah. Mangsa tikaman tersebut telah menghembuskan nafas terahirnya dengan niat yang tidak kesampaian. Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 3.6.2008.
[181] Ibid.
[182] Pasport Ramli bin Che Husin.
[183] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 22.5.2008.
[184] Temubual dengan Ramli b. Che Husin, 29.5.2008.
[185] Surat pengesahan Ramli b. Che Husin menghidapi post antrroseptal MI, WAD CRW bertarikh 8.2.2007.
[186] Resit baucar bayaran kepada Ramli b. Che Husin daripada Hamid b. Haji Awang bertarikh 10.5.2008.
[187] Temubual dengan Ramli B. Che Husin, 3.6.2008.
[188] Temubual dengan Nor Aizan bt. Mohd Nor, 24.5.2008.
[189] Ibid.
[190] Ibid.
[191] 11 orang daripada adik-beradik pengkaji masih bersekolah peringkat primer dan sekunder.
[192] Temubual dengan Ahmad Faisal b. Ramli, 2.6.2008.
[193] Temubual dengan Nr Emawati bt. Ramli, 1.6.2008.

No comments:

Post a Comment